KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menafikan khabar angin bahawa Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) termasuk Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Pahang akan ditutup.
Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata PPBN yang dilancarkan pada 2014 dengan visi melahirkan ramai pemain bola sepak bertaraf dunia secara konsisten itu tetap diteruskan.
"Kalau ada cerita hendak tutup NFDP itu tidak benar, kita (FAM) memang sentiasa memikirkan soal pembangunan. Pembangunan ini kita tidak akan dapat (hasil) hari ini, esok kita dapat hasilnya dan jika usaha itu sesuatu yang memang bagus kita akan teruskan.
"Program ini juga melibatkan banyak parti, kerajaan, MSN, KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dan sebagainya. Memang kita alu-alukan (program diteruskan) dan kalau kita perlu tambah baik, kita akan buat," katanya kepada Bernama, hari ini.
Mohd Saifuddin berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa kerja bersama Majlis Sukan Negara (MSN) dan pemegang taruh lain yang dipengerusikan Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Sebelum ini, timbul khabar angin terdapat segelintir individu yang cuba melobi supaya PPBN ditutup sekali gus menimbulkan keresahan dalam komuniti bola sepak tempatan terhadap hala tuju pembangunan bola sepak negara di peringkat akar umbi.
Sementara itu, Mohd Saifuddin turut mengesahkan Skuad Projek FAM-MSN yang ditubuhkan pada penghujung 2020 tidak akan dimansuhkan.
Katanya, pasukan itu yang menamatkan kempen Liga Premier musim ini di kedudukan tercorot dengan hanya meraih satu kemenangan dalam keseluruhan 20 perlawanan, akan kekal bersaing pada musim 2022 dan perkara itu turut dipersetujui MSN.
"Skuad Projek FAM-MSN memang kita tubuhkan khas untuk pemain AMD. Pemain AMD ini kalau mereka berlatih sahaja tetapi tidak ada kejohanan kompetitif, mereka tidak akan ke mana. Jadi skuad ini masih akan dikekalkan.
"Dengan adanya skuad ini, kita akan ada banyak pilihan pemain dalam persediaan kita ke arah 2024. Kita menyasarkan Olimpik 2024 dengan mempunyai banyak pilihan pemain termasuk skuad Bawah 17 Tahun (B-17) dan Bawah 23 Tahun (B-23)," katanya.
Sebanyak 30 pelatih dalam kalangan lepasan AMD, produk Piala Belia dan Piala Presiden, Sekolah Sukan Malaysia dan Negeri serta Pusat Latihan Daerah (PLD) di bawah PPBN telah dikumpulkan bagi membentuk skuad perintis Skuad Projek FAM-MSN.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 26 2021

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menafikan khabar angin bahawa Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) termasuk Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Pahang akan ditutup.

COVID-19 | Perancis lanjutkan ujian COVID bagi pelancong dari China
Perancis memutuskan untuk melanjutkan ujian COVID-19 terhadap pelancong yang tiba dari China sehingga 15 Februari kerana terdapat beberapa situasi dan perkembangan baharu.

Kerakusan Zahid bakal ranapkan UMNO - Penganalisis politik
Kerakusan Ahmad Zahid akan meranapkan UMNO dan bakal dicatat dalam sejarah sebagai Presiden yang menghancurkan UMNO, kata Kartini Aboo.

AWANI Ringkas: Penyelesaian banjir di Johor

AWANI Ringkas: Serangan bersenjata di Tehran

Vaksin COVID-19 | Jumlah penerima dos penggalak kedua bertambah, kini 2.4%
Kemas kini terbaharu di portal KKM NOW menunjukkan, dengan pemberian harian sebanyak 1,779 dos, bilangan penerima dos penggalak kedua kini meningkat kepada 2.4 peratus.

COVID-19 | 258 kes baharu, dua kematian dilaporkan
Untuk 21 hari berturut-turut, jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal berada di bawah 500 kes.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Pembersihan UMNO: Pecat, gantung pemimpin atas syor Lembaga Disiplin - Isham
Isham menjelaskan, beliau tidak dapat mengulas lanjut tentang perincian pelanggaran disiplin yang dibuat pemimpin berkenaan kerana beliau bukan berada dalam Lembaga Disiplin.

THT pertaruh tiga import hadapi MHL
Mereka adalah Choi Hoil, Yoo Seung Ho dan Jang Jonghyun, bintang hoki Korea Selatan yang berpengalaman beraksi di pentas Olimpik.

Suspek pukul rakan direman tujuh hari
Tempoh reman berkenaan bermula pada Sabtu bagi melengkapkan siasatan berhubung kematian mangsa yang berusia 76 tahun.

Hamidin jumpa Presiden JFA bincang kerjasama Malaysia-Jordan
Presiden FAM melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden JFA bagi membincangkan pelbagai aspek kerjasama.

Penggunaan teknologi VAR akan diumum dalam masa terdekat - FAM
FAM akan membuat pengumuman rasmi berhubung pelaksanaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam kancah sukan bola sepak negara dalam masa terdekat.

Piala AFF: Kecewa tak dapat tiket, Instagram Jay Chou jadi sasaran
Ruangan komen Instagram penyanyi terkenal Jay Chou 'diserang' netizen gara-gara proses pemasangan pentas konsertnya yang menganggu ruang tempat duduk stadium.

Tidak puas hati mutu pengadilan, FAM hantar surat rasmi kepada AFF
FAM telah menghantar surat rasmi berhubung mutu pengadilan sewaktu perlawanan Kumpulan B, Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 Vietnam menentang Malaysia di Stadium My Dinh, Hanoi Sabtu lalu.

FAM, VFF meterai MoU pembangunan pengadil, bola sepak belia
FAM-VFF akan melakukan program pertukaran pengadil bagi kedua-dua aksi antarabangsa dan tempatan, selain berkongsi pengalaman masing-masing.

Agong berkenan menerima menghadap Presiden FAM di Qatar
Hamidin menghadap Al-Sultan Abdullah selaku peminat nombor satu sukan bola sepak pada Selasa lepas.

Piala AFF: Harga tiket tonton Harimau Malaya menentang Laos dan Singapura diturunkan - FAM
Jelas Hamidin, keputusan itu diambil selepas mengambil kira reaksi daripada pelbagai pihak terutama penyokong Harimau Malaya.

FAM turun harga tiket Piala AFF di Stadium Nasional
Harga terkini RM45 bagi tempat duduk terbuka, RM60 (premium) dan RM70 (grandstand), manakala tiket kanak-kanak RM10.

89 pasukan bersaing untuk gelaran Juara Kebangsaan Liga Suparimau
Kejohanan itu akan menganjurkan perlawanan peringkat kumpulan pada hari Sabtu manakala Ahad akan menyaksikan perlawanan kalah mati.

Demi Harimau Malaya, Rowley pulang ke Malaysia dalam 72 jam
Walaupun tiga tahun tidak bertemu keluarga, beliau tidak teragak-agak kembali ke Kuala Lumpur sejurus dimaklumkan namanya tersenarai.