awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden FAM menghadap Sultan Selangor

Bernama
Bernama
16/02/2023
10:34 MYT
Presiden FAM menghadap Sultan Selangor
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menerima menghadap Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam. - Foto Facebook/FAM
KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menerima menghadap Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.
Baginda berkenan menyantuni kunjungan hormat Hamidin yang menyembah maklum perihal isu semasa bola sepak negara, termasuk program pembangunan bola sepak wanita dan program akar umbi sukan itu.
Baginda dalam masa sama mengucapkan tahniah kepada Hamidin kerana dipilih sebagai Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2023-2027 pada 1 Feb lepas.
"Tuanku menyifatkan kejayaan saya dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA ini adalah sesuatu yang unik dan luar biasa.
"Malah Tuanku menitahkan menjadikan peluang ini bukan sahaja sebagai platform mengembangkan kerjaya tetapi turut dijadikan nilai tambah dalam bola sepak Malaysia," katanya menerusi kenyataan dimuat naik di Facebook badan induk bola sepak itu.
Selain itu, perkara yang ditekankan Baginda dalam kunjungan hormat itu adalah mengenai stadium baharu Selangor yang akan turut dilengkapi muzium sukan dan bola sepak.
"Tuanku menitahkan saya untuk sama-sama memberi pandangan dan buah fikiran untuk muzium sukan dan bola sepak yang akan melengkapkan lagi stadium baharu nanti.
"Tuanku turut memberi penjelasan mengenai kelengkapan stadium baharu itu dengan turut meminta pandangan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan FIFA untuk nilai tambah daripada pelbagai aspek teknikal merangkumi padang dan bilik persalinan," katanya.
Mengiringi Hamidin ialah Setiausaha Agung FAM Noor Azman Rahman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden FAM menghadap Sultan Selangor
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#Hamidin Mohd Amin
#Persatuan Bolasepak Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan