Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa belum memutuskan sama ada untuk menerima atau tidak pencalonan untuk menerajui persatuan berkenaan dalam Kongres Luar Biasa (EGM) persatuan itu pada 6 Julai ini.
Annuar berkata beliau perlu meneliti dan membuat pertimbangan sewajarnya berikutan kekangan tugasnya sebagai wakil rakyat serta Setiausaha Agung UMNO.
Katanya, beliau hanya mengetahui mengenai pencalonannya melalui akhbar dan dimaklumkan bahawa ia dilakukan oleh Persatuan Bolasepak Jajahan (PBJ).
"Saya tidak tahu lagi sama ada mahu dipilih atau tidak, belum fikir lagi. Kita nak buat sesuatu benda itu kena fikir masak-masak. Saya kena tentukan apakah keutamaan saya, tugas mana yang lebih besar," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.
Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh berkata peluang harus diberi kepada individu yang benar-benar berminat menggalas jawatan tersebut selain mempunyai keupayaan membawa The Red Warriors kembali sebagai sebuah pasukan disegani.
"Sesiapa yang jadi presiden kena cermin diri untuk memastikan mereka ada keupayaan untuk melaksanakan tugas. Tidak ada makna berebut-rebut jawatan tetapi tidak boleh menjalankan tugas," katanya.
Selain Annuar, tiga calon lain untuk merebut jawatan Presiden KAFA adalah Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah; Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dan ahli perniagaan Datuk Seri Amril Aiman Abdul Aziz.
Bagaimanapun, senarai akhir hanya akan diketahui selepas 12 tengah hari esok - tarikh akhir pengesahan daripada calon sama ada menerima pencalonan untuk bertanding ataupun menolak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 01 2019

ANNUAR: Kita nak buat sesuatu benda itu kena fikir masak-masak, saya kena tentukan apakah keutamaan saya, tugas mana yang lebih besar. - Gambar fail

Lima tumpuan kenyataan Ismail Sabri hari ini
Berikut adalah tumpuan kenyataan harian Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

PKPD di beberapa lokasi di Sarawak, Sabah dan Kelantan
Menurut Menteri Kanan Pertahanan pelaksanaan itu dibuat susulan peningkatan kes di lokasi-lokasi terbabit.

Diskaun 70 peratus saman JPJ dapat sambutan memberangsangkan - Wee Ka Siong
Pengurangan saman ini bagi membantu orang ramai untuk membayar saman dengan kadar lebih rendah selain memberi pengajaran supaya patuh peraturan jalan raya.

Mekanisme lama masih diguna kawal harga makanan - MAFI
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) masih mengekalkan mekanisme dan dasar sama seperti sebelum ini, dalam mengawal kenaikan harga makanan di pasaran.

Jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia kini 1,370, berikut tumpuan media KKM hari ini
Lima korban akibat COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kematian di Malaysia kini 1,370.

COVID-19: Sekolah antara lapan kluster baharu dikesan
Sejumlah lapan kluster baharu COVID-19 dikenal pasti hari ini melibatkan negeri Sarawak, Sabah, Johor, Selangor dan Pahang.

Harga Barang | Dasar, mekanisma kawal harga masih sama
Dasar dan mekanisma dalam mengawal harga barangan di pasaran yang diguna pakai ketika ini merupakan daripada kerajaan terdahulu. Namun menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dua, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, pandemik COVID-19 yang melanda ketika ini mendorong berlaku peningkatan harga barangan dan kekangan lain.

Stok Ramadan, Raya | Bekalan daging lembu dalam negara cukup
Datuk Che Abdullah Mat Nawi turut beri jaminan bekalan daging lembu dalam negara mencukupi sepanjang bulan Ramadan hingga musim perayaan Aidilfitri nanti. Katanya sebanyak 10 ribu metrik tan bekalan daging telah diperuntuan untuk keperluan Ramadan dan Aidilfitri.

Harga Ayam Naik | Kos pengeluaran mungkin punca kenaikan harga
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dua, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP bagi mengatasi kenaikkan harga ayam, sayur dan barangan makanan yang lain. Katanya peningkatan harga mungkin disumbangkan beberapa faktor termasuk kos pengangkutan dan harga makanan ayam.

17 April 2021: Fokus Minggu Depan
#FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara. Kami senaraikan antara perkara yang akan berlaku sepanjang minggu depan.

Annuar tidak setuju desakan Zahid letak jawatan
Annuar berkata proses demokrasi dalam parti mesti berjalan seperti biasa tanpa kekalutan yang tidak diperlukan.

Bazar Ramadan ditutup jika berlaku jangkitan COVID-19 - Annuar
Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan menutup operasi mana-mana Bazar Ramadan di bawah seliaannya sekiranya berlaku jangkitan COVID-19 di tapak bazar berkenaan.

KWP rancang bina fasiliti latihan sukan berpusat di Putrajaya - Annuar Musa
Perbadanan Putrajaya telah pun bersetuju menyediakan tanah bagi pembinaan fasiliti tersebut yang terletak bersebelahan Stadium Ragbi Nasional, Presint 13 yang sedang dalam pembinaan.

Kad diskaun untuk atlet di Wilayah Persekutuan
Seramai 1,300 atlet di Wilayah Persekutuan akan menerima Kad Diskaun Team Wipers yang boleh digunakan untuk membeli peralatan sukan di kedai atau laman sesawang tertentu.

KDN akan siasat ketulenan rakaman audio - Hamzah Zainuddin
Siasatan akan dilakukan bagi melihat sama ada rakaman audio itu tulen atau sebaliknya.

Rakaman audio: Zahid, Anwar disaran lafaz sumpah di masjid - Annuar Musa
Ia dalah sebagai menafikan pembabitan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dengan satu rakaman audio bersama individu didakwa Anwar yang menjadi tular, baru-baru ini.

Audio tular: Ahmad Zahid dijangka buat laporan polis petang ini
Satu laporan polis akan dibuat Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung perbualan antara dua individu yang mirip suara beliau dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular.

Annuar Musa dakwa rakaman audio mirip suara Anwar Ibrahim, Zahid Hamidi tulen
Beliau berkata, setelah mendengar rakaman itu lebih daripada 10 kali, beliau yakin suara itu milik Ahmad Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim.

Saya mula hidu sesuatu yang tidak kena sejak Ogos tahun lepas - Annuar Musa
Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu mendedahkan bahawa wujud rundingan di balik tabir ketika UMNO semakin hampir menyambut tangan Bersatu untuk menyertai Muafakat Nasional.

Tidak timbul isu letak jawatan - Annuar Musa
Annuar sedang fokus menjalankan kerja untuk menjayakan agenda rakyat seperti yang dijanjikan ketika mengangkat sumpah jawatan.