Prestasi skuad bola sepak kebangsaan dalam pelbagai perlawanan antarabangsa tidak akan berubah mendadak sekalipun jurulatihnya, Nelo Vingada dipecat gara-gara kegagalan membawa kemenangan kepada pasukan negara sejak membimbingnya.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah permasalahan terbesar dalam skuad bola sepak negara kini ialah ia tidak mempunyai 'mentaliti meraih kemenangan' dalam kalangan pemainnya yang disifatkannya elemen paling getir dalam mentranformasikan kekuatan pasukan.
"Jika esok Vingada dipecat, anda akan tetap mempunyai masalah yang sama. Realitinya, masa tubuhkan kelab (JDT), kami perlukan dua ke tiga tahun untuk terapkan mentaliti meraih kemenangan.
"Jadi apa yang anda jangka untuk kami (FAM) buat dalam masa dua tiga bulan?" titah baginda ketika menjawab soalan ahli panel dalam satu sesi dialog di JDT Cafe di sini, malam tadi.
Baginda bertitah demikian sebagai mengulas gesaan pihak tertentu yang mahukan Vingada selaku pengurus dan ketua jurulatih pasukan kebangsaan dipecat susulan beberapa siri kekalahan dalam perlawanan penting termasuk kelayakan Piala Asia 2019.
BACA: Jika saya jadi punca, esok boleh letak jawatan - Vingada
Semalam, pasukan Harimau Malaysia tewas 0-2 dengan pasukan Hong Kong dalam aksi timbal balik kelayakan itu dengan kapten pasukan, Safiq Rahim dilayangkan kad merah berikutan kekasarannya ke atas pemain lawan.
Sebelum itu, pasukan negara juga tewas menentang Lubnan dan juga pasukan Hong Kong pada perlawanan terdahulu.
Mengulas lanjut, Tunku Mahkota Johor tidak menyalahkan Safiq kerana mendapat kad merah ketika menentang Hong Kong malam Selasa, sebaliknya menyatakan kesemua anggota pasukan harus disalahkan.
Tunku Ismail bertitah kekalahan dengan pasukan Hong Kong itu bukanlah yang terakhir bagi skuad negara malah akan ada lebih banyak lagi kekalahan pada masa depan, walaupun sukar untuk diterima.
"Tiada siapa bertanya apa yang sebenarnya berlaku dalam bola sepak Malaysia, di mana ia sudah bermasalah sejak dahulu lagi.
"Kita tak hakimi dalam satu kekalahan, kita perlu hakimi ia secara menyeluruh. Ini melibatkan soal pembangunan... pendidikan dari awal. Kalau dari kecil sudah diajar untuk jadi profesional, mereka akan jadi profesional," titahnya.
Terdahulu, sesi dialog itu menampilkan beberapa ahli panel termasuk pengulas sukan Abu Bakar Atan, Tabah Syazwan dari Media Prima Berhad dan Vijhay Vick dari FourFourTwo serta Ooi Kin Fai dari Goal.com yang mewakili penyokong bola sepak tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 12 2017
Tunku Ismail bertitah kekalahan dengan pasukan Hong Kong bukan yang terakhir bagi skuad negara malah akan ada lebih banyak lagi kekalahan pada masa depan, walaupun sukar untuk diterima. - Gambar fail
KBS kembali beri tumpuan ke sekolah
Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa depan.
“Saya tak benarkan Diana buat bariatrik” - Farid Kamil
Farid lebih yakin hanya cara semula jadi lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
Pemandu bas kilang ditahan, rempuh penunggang motosikal sehingga maut
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Gagal capai sasaran, kerajaan tak boleh pandang ringan
Kegagalan Kerajaan untuk mencapai sasaran 30 juta pendaftar menjelang hujung bulan 3 ini harus dijadikan sebagai satu isyarat bahawa masih ada segelintir yang skeptikal tentang sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Arab Saudi dipilih pengerusikan Suruhanjaya Status Wanita (CSW) ke-69
Arab Saudi dipilih sebulat suara pada Rabu untuk mempengerusikan badan wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Suruhanjaya Status Wanita (CSW).
Tokoh Wartawan Negara 2014, meninggal dunia
2014, Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia di kediamannya 2 pagi Jumaat
ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
ICJ berkata, rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang teruk, kelaparan dan kebuluran semakin meruncing.
Penipuan kewangan: Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dijatuhi hukuman penjara 25 tahun kerana penipuan mata wang kripto yang disifatkan sebagai salah satu penipuan kewangan terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat.
OIC perlu tubuh pasukan pengaman
OIC perlu menubuhkan pasukan pengaman bagi menangani isu-isu berbangkit seperti penindasan ke atas rakyat Palestin.
Kekejaman zionis: PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa membentuk kabinet baharu di mana beliau juga akan berkhidmat sebagai Menteri Luar.
Malaysia sekali lagi tewas 0-2 kepada Oman
Malaysia gagal membalas kekalahan kepada Oman di Muscat pada Jumaat lepas setelah sekali lagi tewas 0-2 dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2026.
Endrick belum tahap Pele
Penyerang muda Brazil, Endrick belum boleh disamakan dengan mendiang Pele, menurut Ketua Jurulatih Brazil, Dorival Junior.
Mentaliti tidak diubah, Liga-M akan terus ketinggalan - Tunku Ismail
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan Liga Malaysia (Liga-M) akan terus ketinggalan dari segi infrastruktur sekiranya tiada perubahan mentaliti.
Ada lagi pemain import sertai Sang Kenari - Nafuzi
KDA FC belanja ikut kemampuan dan mengamalkan penjimatan seperti mengukur baju di badan sendiri.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Harimau Malaya punya kelebihan bermain di gelanggang sendiri - Shahrul
Harimau Malaya enggan kehilangan mata lagi bila beraksi di laman sendiri nanti.
Euro 2024: Southgate positif di sebalik England tersungkur kepada Brazil
Gareth Southgate gembira dengan mutu persembahan England meskipun tewas kepada Brazil dalam perlawanan persahabatan.
Perak tetap sertai bola sepak SUKMA di Kuching
Katanya, sekiranya Perak FC tidak bersedia untuk menyediakan pasukan, Majlis Sukan Negeri Perak akan membuat persiapan sendiri.
Pengurus Besar Fiorentina meninggal dunia
Barone dirawat di hospital Isnin selepas rebah pada Ahad ketika pasukan itu meninggalkan hotel untuk perlawanan di Atalanta.
Empat pemain kelab Velez Sarsfield berdepan tuduhan serangan seksual
Empat pemain kelab bola sepak Argentina, Velez Sarsfield ditahan atas perintah mahkamah Argentina selepas dituduh melakukan serangan seksual pada Isnin.
Penalti Ronaldo cukup buat Al-Nassr kembali temui rentak kemenangan
Ronaldo selesa menyempurnakan gol yang ke-23 dalam saingan Liga Pro Saudi selepas 68 minit, menewaskan penjaga gol Edouard Mendy.