awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prestasi Walcott semakin menyerlah - Arsene Wenger

Astro Arena
Astro Arena
26/09/2016
01:51 MYT
Prestasi Walcott semakin menyerlah - Arsene Wenger
Walcott semakin menunjukkan persembahan baik bersama The GUnners. - Foto AP
PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger menegaskan beliau sentiasa memberikan kepercayaan kepada Theo Walcott, tetapi mengakui penyerang itu tidak menyerlah lebih awal seperti dijangkakan.
Walcott yang terlepas beraksi di Perancis dalam saingan Euro 2016 merupakan satu tamparan hebat buat dirinya, tetapi telah menonjolkan kebolehan yang dimiliki di awal musim 2016-17, dengan meledak tiga gol dalam enam penampilan Liga Perdana.
"Theo merupakan kes yang istimewa, dia terpilih menyertai England pada usia 16 tahun untuk beraksi di Piala Dunia 2006," kata Wenger.
Tambahnya, ia merupakan satu berita yang mengecewakan Walcott apabila tidak menyertai Euro 2016. Dia sendiri telah berhubung dengan Walcott mengenai kekecewaannya kerana tidak beraksi bersama England.
"Dia sudah matang, dia telah berjaya mengharunginya selepas apa yang telah dijanjikan kepada pemain berusia 16 tahun dan cara dia menangani masalah ini, saya sentiasa percaya Walcott memiliki satu kelebihan yang unik.
"Perwatakan yang dimilikinya sangat menarik. Sebelum ini Walcott memberikan 90 peratus ketika menyerang dan 10 peratus lagi untuk bertahan. Kini dia lebih seimbang dan telah menunjukkan tahap komitmen yang tinggi bersama The Gunners," ujar Wenger.
Topic Berkaitan
#Arsenal
#Arsene Wenger
#The Gunners
#Theo Walcott
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan