BEKAS pemain Manchester United, Gary Neville melabel barisan pemain United sebagai "memalukan" selepas skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu dibelasah Everton 0-4 di Goodison Park.
United gagal menyerlahkan aksi mengancam dalam pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu malam tadi.
Everton mendahului permainan 2-0 dalam separuh masa pertama berkat sentuhan pemusnah akrobatik Richarlison dan jaringan Gylfi Sigurdsson.
Jaringan Lucas Digne dan Theo Walcott yang menyusul selepas itu melanjutkan lagi derita United, yang akan menghadapi Manchester City dan Chelsea dalam dua perlawanan berikutnya apabila usaha The Red Devils selepas rehat untuk memburu tempat dalam saingan Eropah musim depan menerima tamparan hebat.
Neville yang berang menegaskan bahawa kekalahan itu harus dipikul barisan pemain dan bukannya Solskjaer, yang bersemuka dengan penyokong sendiri untuk meminta maaf selepas wisel penamat.
"Saya amat berang. Solskjaer pula yang mewakili pemain untuk meminta maaf," kata Neville di Sky Sports.
"Jose Mourinho mendapatkan sokongan padu daripada penyokong dan akhirnya mereka menuntut beliau berundur. Begitupun, mereka tidak akan berpaling daripada Ole.
"Kelmarin, saya menyaksikan aksi Manchester City yang cuba disaingi United. Bernardo Silva, David Silva, Kevin De Bruyne merupakan pemain yang lebih baik (daripada pemain United) dan mereka bekerja dua kali lebih keras.
"Kemudian anda menonton pula perlawanan Liverpool yang merupakan seteru terbesar United, mereka bermati-matian di setiap inci padang manakala United pula, ia sesuatu yang amat memalukan untuk menyaksikan kelibat beberapa pemain. Saya begitu marah.
"Saya menonton pemain United sekadar berjalan, berlenggang-lenggok, berlari-lari anak kembali bertahan. Mereka tidak seharusnya mengendurkan mutu dan etika kerja seperti yang diharapkan di kelab itu, mereka gagal menjelmakannya.
"Setiap pemain yang tidak mempunyai sikap yang betul, maka lupakan sahaja potensi dan bakat mereka, buang sahaja pemain yang tidak mempunyai sikap yang tepat untuk menyarung jersi United.
"Saya menaruh kepercayaan penuh kepada Ole untuk melakukan apa yang perlu tetapi dia kini ada masalah besar. Prestasi yang dipamerkan pemain United berbau amat tengik."
United dilaporkan masih mengintai pengarah sukan dan Neville percaya United bakal bergelut untuk membina semula skuad berkenaan melainkan mereka melantik individu yang tepat.
"Saya bimbang aura bahawa United pernah memenangi liga beberapa tahun yang lalu telah hilang," tambah Neville.
"Mereka kini bagaikan berada di gurun. Mereka tidak tahu di mana gelaran liga akan muncul. Ya, perkara boleh diubah tetapi keputusan baik lagi penting perlu dibuat dengan segera.
"Ole berkata dia perlu membina semula pasukan ini dalam beberapa jendela perpindahan.
"Real Madrid juga sedang membentuk pasukan baru, begitu juga dengan Bayern Munich, Arsenal, City dan Liverpool akan memburu pemain, termasuk Barcelona turut memerlukan pemain.
"United perlu bersaing dengan kelab-kelab besar ini untuk mendapatkan pemain terbaik. Jadi, siapakah yang akan bertanggungjawab?
"Saya tidak percaya di luar sana ada seseorang yang boleh membina semula sebuah pasukan mengikut acuan sepatutnya. Pada ketika ini, pada dasarnya ada sesuatu yang silap."
Astro Arena
Mon Apr 22 2019

Manchester United dimalukan Everton di Goodison Park pada Ahad. - Foto Stadium Astro.

Setiap menteri perlu serius sahut agenda Malaysia Madani - Rozhan Othman
Perlu ada tindakan susulan yang serius oleh setiap kementerian untuk menjayakan agenda Malaysia Madani.

Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.

APM mohon kerajaan pertimbang 1,501 jawatan kontrak
Penambahan perlu dibuat kerana rakyat Malaysia memiliki pengetahuan yang luas dan berjiwa besar untuk menjadi anggota APM.

SSM cadang semak semula kriteria pengecualian audit bagi syarikat persendirian di Malaysia
SSM berkata, cadangan semakan semula itu akan dijalankan melalui kaedah konsultatif.

Parti pembangkang India mahu Adani Group disiasat
Tuntutan parti pembangkang supaya isu itu dibincangkan di parlimen ditolak.

Pakej internet murah: Perlu tingkat kualiti perkhidmatan di Sabah
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap akan tidak begitu bermakna sekiranya liputan internet masih tidak mencapai tahap yang memuaskan.

Pemain industri makanan perlu kerjasama jayakan pelaksanaan Menu Rahmah
Pengusaha makanan dan minuman perlu bekerjasama dalam menjayakan seruan kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup menerusi pelaksanaan Program Menu Rahmah.

Bekas CEO CAAM kini CEO penerbangan Kumpulan Berjaya
Berjaya Land Bhd melantik Datuk Kapten Chester Voo sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi penerbangan kumpulannya.

Tze Yong wakil tunggal negara di Thailand Masters
Ng Tze Yong, menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan perjuangan dalam saingan Thailand Masters.

Politik Pakistan | Polis Pakistan tahan bekas Menteri Kabinet Imran Khan
Polis Pakistan menahan ahli politik terkenal negara itu Sheikh Rashid Ahmed, Penahanan dibuat beberapa hari selepas beliau menuduh menuduh bekas Presiden Asif Ali Zardari terlibat cubaan membunuh bekas Perdana Menteri Imran Khan.

Dyche ganti Lampard, sandaran Everton kekal status elit
Everton bergelut di bawah Lampard, kali terakhir memenangi perlawanan liga apabila menewaskan Crystal Palace pada Oktober lalu.

Lampard mahu mencari 'angin' baharu
Jurulatih itu dilaporkan akan kembali berusaha dengan menjadikan kerjaya di luar England sebagai langkah seterusnya.

Everton pecat Frank Lampard
Lampard dilantik sebagai pengganti Rafael Benitez pada 31 Januari 2022.

EPL: Conte bangga dengan cara Tottenham tewaskan Everton
Kecederaan yang dialami Richarlison menyaksikan Yves Bissouma dibawa masuk dan Spurs mengubah corak permainan mereka, membenam Everton.

Everton 'ikat' Liverpool di Goodison Park
Penjaga gol Everton, Jordan Pickford dijulang sebagai wira apabila menafikan deretan percubaan jentera serangan Liverpool.

Atasi Everton tidak cukup bawa Arsenal ke UCL
Gabriel Martinelli membuka jaringan pada minit ke-27 dan Eddie Nketiah kemudian menggandakan jaringan.

Ronaldo mohon maaf 'remuk' telefon penyokong
Video muncul di media sosial mendakwa Ronaldo memecahkan telefon penyokong Everton dengan melemparkannya ke lantai.

Piala FA: Crystal Palace langgar habis Everton
The Eagles ternyata menguasai perlawanan apabila melakukan enam percubaan tepat berbanding dua skuad The Toffees.

Everton mara ke suku akhir saingan Piala FA
Everton mara ke suku akhir saingan Piala FA

Krisis Rusia-Ukraine: Everton gantung tiga penaja Rusia
Kelab itu memutuskan semua hubungan dengan syarikat USM, Megafon dan Yota yang dikaitkan dengan Alisher Usmanov.