HANGZHOU: Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei menyifatkan perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia, telah mempamerkan peningkatan prestasi pada penampilannya di Sukan Asia Hangzhou 2022 kali ini.
Chong Wei selaku pengurus pasukan badminton program Road To Gold (RTG) bagi Olimpik, berkata ia satu permulaan yang baik bagi pemain berusia 25 tahun itu untuk mendapatkan semula keyakinannya, selepas mengharungi prestasi kurang memuaskan sejak awal tahun ini.
"Permainannya boleh dikatakan berubah, main lebih bersabar, tak macam dulu asyik mahu ambil mata dan menyerang.
"Kini dia lebih banyak main rally dan bersabar," katanya ketika ditemui di Gimnasium Binjiang di sini.
Zii Jia, pemain di ranking ke-16 dunia memulakan cabaran Sukan Asia dengan menyingkirkan Angus Ng Ka Long dari Hong Kong, Mourinho Zefi Costa Gusmao de Jesus dari Timor Leste dan juara dunia Kunlavut Vitidsarn dari Thailand untuk mara ke suku akhir, namun tewas kepada HS Prannoy dari India.
Chong Wei yang pernah meraih lima pingat menerusi acara perseorangan dan berpasukan lelaki di Sukan Asia berkata, bagi seorang lagi perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong, kelemahan paling ketara adalah dari segi kekuatan, ketika tewas kepada Kodai Naraoka dari Jepun.
Selain itu, dari segi taktiknya perlu ditingkatkan lagi ke arah melayakkan diri ke Olimpik Paris 2024, Julai depan, dan ia telah pun dibincangkan dengan barisan jurulatih negara, katanya.
Mengulas mengenai beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang tewas kepada wakil India Satwiksairaj Rankireddy-Shirag Chetty pada aksi separuh akhir malam tadi, beliau berkata ia berpunca daripada taktik dan kekuatan.
Beliau berkata setiap pertandingan ada pemain yang menang dan kalah, namun apa yang penting adalah mengetahui sebab untuk kalah dan memperbaikinya untuk menghadapi cabaran seterusnya.
Ditanya sekiranya atlet yang tidak menunjukkan prestasi baik pada Sukan Asia digugurkan daripada RTG, Chong Wei berkata perkara itu hanya akan dibincangkan pada mesyuarat jawatankuasa berkenaan pada 12 Okt nanti.
"Buat masa ini tiada apa-apa keputusan, kita akan bincang semua prestasi pada mesyuarat tersebut. Kita harap peminat tidak putus asa terhadap pasukan badminton, teruskan menyokong pasukan kita.
"Saya dalam RTG, boleh bantu dari segi perkhidmatan. Selepas empat kali beraksi di Olimpik, saya boleh kongsi pengalaman itu kepada semua atlet untuk bersedia ke Olimpik tahun depan," katanya.
Pingat gangsa Aaron-Wooi Yik menjadi penyelamat kem badminton negara, selepas pulang dengan tangan kosong pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 07 2023
Chong Wei berkata ia satu permulaan yang baik bagi pemain berusia 25 tahun itu untuk mendapatkan semula keyakinannya, selepas mengharungi prestasi kurang memuaskan sejak awal tahun ini. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Prestasi Zii Jia meningkat di Sukan Asia - Chong Wei
Chong Wei berkata ia satu permulaan yang baik bagi pemain berusia 25 tahun itu untuk mendapatkan semula keyakinannya, selepas mengharungi prestasi kurang memuaskan sejak awal tahun ini.