awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembinaan kiub gergasi Mukaab di Riyadh dihentikan untuk penilaian semula
Thaipusam: 10 laluan utama di Ipoh ditutup, dilencongkan
Kapal LCS 1 mulakan ujian perjalanan laut pertama hari ini - Mohamed Khaled
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PSG masih tanpa khidmat Messi

Astro Arena
Astro Arena
15/01/2022
03:07 MYT
PSG masih tanpa khidmat Messi
Messi diketepikan daripada keputusan seri 1-1 PSG di Lyon selepas diuji positif untuk COVID-19. - Gambar fail AP
PARIS Saint-Germain terus tanpa khidmat bagi pertemuan aksi Ligue 1 dengan Brest, ketika pemain kebangsaan Argentina itu bakal menyertai semula pasukan minggu depan, kelab telah mengesahkannya.
Messi diketepikan daripada keputusan seri 1-1 PSG di Lyon selepas diuji positif untuk COVID-19, dan pasukan yang berpengkalan Paris itu hanya berjaya melakukan tiga percubaan tepat ke sasaran dalam ketiadaannya, bergelut untuk mendominasi perlawanan.
"Setelah mencapai perkembangan yang baik, Lionel Messi terus bekerjasama dengan kakitangan perubatan dan prestasi kelab, dan secara beransur-ansur akan menyertai semula skuad minggu depan", menurut kenyataan yang dikeluarkan PSG.
Ketua jurulatih Mauricio Pochettino turut membincangkan kecergasan Messi dalam sidang media pra-perlawanannya, tetapi enggan mengulas sama ada Messi akan meninggalkan Paris untuk mewakili Argentina dalam Kelayakan Piala Dunia mereka pada akhir Januari.
"Tidak, Leo tidak dapat beraksi hari ini", kata bekas pengurus Tottenham itu. “Perkembangan Leo bertambah baik, tetapi dia masih di bawah seliaan jabatan perubatan.
"Kami berharap dia dapat kembali dalam skuad secepat mungkin."
Mengenai penglibatan Messi bersama Argentina, Pochettino berkata, "Saya tidak tahu keputusan apa yang anda maksudkan.
"Dia sedang dinilai setiap hari, dan kita tidak boleh mendahului diri kita sendiri. Kami berharap semua orang kembali secepat mungkin, bersedia untuk pasukan."
Topic Berkaitan
#Paris Saint-Germain
#Lionel Messi
#Ligue 1
#Mauricio Pochettino
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan