awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Pinang tangguh latihan atlet di luar negara susulan penularan COVID-19

Bernama
Bernama
29/02/2020
20:12 MYT
Pulau Pinang tangguh latihan atlet di luar negara susulan penularan COVID-19
Oleh kerana jumlah kes positif COVID-19 di Jepun dan Korea Selatan adalah tinggi, maka sesi latihan yang dijadualkan mungkin terpaksa ditangguhkan buat masa ini.
Sesi latihan di luar negara yang telah dijadualkan untuk atlet sukan Pulau Pinang ditangguhkan susulan penularan virus COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pulau Pinang Soon Lip Chee pada Sabtu berkata pihaknya telah merancang untuk menghantar atlet kepada persatuan yang menjadi rakan kongsi mereka di Jepun dan Korea Selatan pada Mac dan April tahun ini bagi menjalani latihan dalam disiplin seperti karate, judo serta boling.
Bagaimanapun, beliau berkata oleh kerana jumlah kes positif COVID-19 di kedua-dua negara adalah tinggi, maka sesi latihan yang dijadualkan mungkin terpaksa ditangguhkan buat masa ini.
"Kami akan memantau situasi itu sebelum membuat sebarang keputusan lanjut untuk menghantar atlet ke sana bagi menjalani latihan namun buat masa ini, kami perlu menimbangkan langkah-langkah keselamatan," katanya kepada pemberita di sini.
Dalam perkembangan lain, Soon berkata atlet Pulau Pinang masih boleh menyertai pertandingan di luar Malaysia namun perlu mendapatkan kebenaran Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP).
"Mereka perlu melalui prosedur yang telah ditetapkan di MSNPP sebelum mendapatkan permit untuk bertanding di luar negara," katanya.
Ceramah awam itu diterajui Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Dr Chow Sze Loon, yang bertujuan mewujudkan kesedaran awam terutama kepada atlet berhubung kemas kini mengenai penularan virus COVID-19 serta langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang telah diambil di Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#atlet
#COVID-19
#Jepun
#Korea Selatan
#latihan
#luar negara
#Majlis Sukan NegeriMajlis Sukan Negeri
#permit
#pulau pinang
#Soon Lip Chee
#tangguh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan