awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar

Agensi
Agensi
31/01/2025
22:30 MYT
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Santos memuat naik video dengan kapsyen "ThePrinceIsBack" di X, menyambut kepulanan Neymar yang telah meninggalkan kelab Al-Hilal. - Foto X / Santos FC
PEMAIN bola sepak ternama antarabangsa, Neymar telah meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Hilal, untuk kembali ke Santos, kelab Brazil di mana beliau dan raja bola dunia, Pele mencipta nama mereka.
Santos memuat naik video dengan kapsyen "ThePrinceIsBack" di X, di mana Neymar berkata: "Raja Pele, permintaanmu adalah perintah bagiku. Takhta dan mahkota tetap milikmu, kerana engkau abadi.
“Tetapi jersi nombor 10, adalah satu penghormatan untuk saya memakainya – jersi suci yang begitu bermakna untuk Santos dan dunia. Saya berjanji akan melakukan segalanya untuk terus menghormati legasimu, Raja."
Neymar, 32, memulakan kariernya pada usia 17 tahun bersama Santos pada 2009, menjaringkan 136 gol dan mencatatkan 64 bantuan gol dalam 225 perlawanan.
Dia membantu kelab itu meraih gelaran Copa Libertadores pertama mereka dalam hampir 50 tahun pada 2011.
Eu vou, mas eu volto. #ThePrinceIsBack pic.twitter.com/2uTxDgYk1M
— Santos FC (@SantosFC) January 31, 2025
Dia kemudian menyertai Barcelona pada 2013 sebelum berpindah ke Paris Saint-Germain (PSG) dengan rekod perpindahan dunia bernilai 222 juta euro pada Ogos 2017.
Neymar hanya bermain tujuh perlawanan untuk Al-Hilal sejak berpindah dari PSG dengan bayaran sekitar 90 juta euro (AS$98 juta) pada Ogos 2023. - Agensi
Topic Berkaitan
#Neymar
#Santos
#Al-Hilal
#Brazil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan