SELEPAS 11 tahun berkompromi, kini Persekutuan Wushu Malaysia (PWM) secara rasmi mengumumkan pengunduran diri dari bekerjasama dalam semua kejohanan wushu yang akan dikelolakan oleh Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pengajian Tinggi (SS-BPS-KPT).
Untuk rekod, sukan wushu berjaya menghadiahkan 22 butir pingat emas, 34 perak dan 26 gangsa dalam Kejohanan Bawah Kelolaan KPT dari tahun 2012 hingga 2023.
Presiden PWM, Datuk Chong Kim Fatt, menegaskan keputusan itu dibuat berdasarkan sikap dan layanan kurang baik dari pihak KPT yang seolah hanya mahu menggunakan kelebihan wushu tanpa memberikan sebarang kredit kepada persekutuan mahupun atlet itu sendiri.
"Walaupun atlet wushu sering memenangi pingat dalam pelbagai temasya kelolaan seksyen itu, termasuk memenangi pingat emas pertama dalam sejarah penyertaan Sukan Universiti Dunia sejak 1985, mereka tidak mengutuskan sebarang surat penghargaan kepada PWM.
"Ia seumpama kejayaan itu adalah hasil usaha mereka sahaja. Sikap dan tindakan sedemikian adalah tidak menghargai dan tidak menghormati PWM sama sekali, walhal mereka juga tidak pernah membekalkan pakaian mahupun peralatan untuk latihan atlet.
"Semua atlet wushu berlatih di bawah program pembangunan yang dibiayai oleh MSN (Majlis Sukan Negara) dan PWM juga perlu menanggung perbelanjaan untuk menyertai pelbagai kejohanan di peringkat antarabangsa.
"Dalam erti kata lain, seksyen berkenaan hanya meminjam atlet dan jurulatih daripada PWM dan MSN selama ini, namun mereka langsung tidak pernah berterima kasih mahupun menghargai peranan dan sumbangan PWM dan MSN.
"Disebabkan itu, PWM tidak ingin meneruskan kerjasama dengan Seksyen Sukan BPS, KPT dan sebaliknya akan mencari rakan kongsi yang lain untuk membangunkan sukan wushu di Malaysia," kata Kim Fatt.
Tambahnya lagi, perbincangan dua hala sememangnya diinginkan tetapi jika KPT enggan mengikut syarat yang diberikan maka tiada lagi jalinan kerjasama antara mereka.
* Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com
Astro Arena
Thu Oct 19 2023
Berdasarkan rekod, sukan wushu berjaya menghadiahkan 22 butir pingat emas, 34 perak dan 26 gangsa dalam Kejohanan Bawah Kelolaan KPT dari tahun 2012 hingga 2023. - StadiumAstro
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
Lapan atlet negara layak ke Piala Dunia Wushu 2024
Lapan atlet negara yang berentap di Kejohanan Wushu Dunia 2023 minggu lepas layak untuk membawa cabaran negara ke Piala Dunia Wushu 2024 di Jepun, Nov depan.
Isu khidmat jurulatih wushu selesai, Yongsheng mula tugas hujung Julai
Persekutuan Wushu Malaysia (WFM) boleh menarik nafas lega selepas hanya menunggu masa untuk mengumumkan secara rasmi kehadiran jurulatih sepenuh masa dari China, Zhang Yongsheng.