awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
MALAYSIA
Monsun Barat Daya: Bekalan tanaman, ternakan terkawal - Mohamad
GAYA HIDUP
Diet Jepun mungkin bantu tangani gejala kemurungan - Kajian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKAN

Qatar tuan rumah perlawanan akhir Piala Konfederasi FIFA 2025

Bernama
Bernama
28/06/2025
10:57 MYT
Sponsor Banner
Qatar tuan rumah perlawanan akhir Piala Konfederasi FIFA 2025
Kejohanan itu dijadual bermula pada 14 Sept apabila Pyramids FC dari Mesir, juara Liga Juara-Juara CAF, menentang Auckland City FC dari New Zealand, juara Oceania. - Bernama
ZURICH: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada Jumaat mengumumkan bahawa Qatar akan menjadi tuan rumah bagi tiga perlawanan akhir Piala Konfederasi FIFA 2025 pada Disember depan, menjadikannya tahun kedua berturut-turut negara itu menganjurkan perlawanan akhir kejohanan berprestij tersebut.
Agensi Berita Qatar (QNA) melaporkan bahawa FIFA dalam satu kenyataan memaklumkan kejohanan itu dijadual bermula pada 14 Sept apabila Pyramids FC dari Mesir, juara Liga Juara-Juara CAF, menentang Auckland City FC dari New Zealand, juara Oceania.
Pemenang perlawanan itu akan berdepan Al Ahli SC dari Arab Saudi pada perlawanan kedua kejohanan pada 23 Sept di Stadium King Abdullah Sports City di Jeddah, dengan pemenang akan mara ke peringkat akhir yang akan berlangsung di Qatar.
FIFA memaklumkan tiga perlawanan akhir yang akan dihoskan Qatar akan bermula pada 10 Dis dengan perlawanan Copa Americas antara Cruz Azul dari Mexico, juara CONCACAF, dan juara Amerika Selatan yang akan ditentukan kemudian.
Perlawanan kedua, yang dijadual pada 13 Dis untuk Challenge Cup, akan menemukan pemenang perlawanan Copa Americas dengan pemenang perlawanan antara Al Ahli Arab Saudi dan pemenang perlawanan antara Pyramids FC dan Auckland City.
Perlawanan ini akan menjadi separuh akhir kejohanan, manakala pertandingan akan diakhiri dengan perlawanan akhir Piala Konfederasi FIFA pada 17 Dis apabila Paris Saint-Germain, juara Eropah, akan menentang pemenang perlawanan separuh akhir itu.
Qatar sebelum ini telah menjadi tuan rumah bagi tiga perlawanan akhir edisi Piala Konfederasi FIFA 2024 di bawah format baharu kejohanan itu, dengan Real Madrid muncul juara selepas menewaskan Pachuca dari Mexico 3-0 di Stadium Lusail.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FIFA
#Qatar
#Piala Konfederasi
#perlawanan akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami