awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafael Nadal sahkan penyertaan di Olimpik

Astro Arena
Astro Arena
03/08/2016
02:30 MYT
Rafael Nadal sahkan penyertaan di Olimpik
Nadal yang memenangi pingat emas di Beijing 2008 berkata, dia belum cergas sepenuhnya namun akan bermain di Rio. - Gambar fail
RAFAEL Nadal mengesahkan dia akan beraksi dalam Sukan Olimpik Rio selepas kembali daripada kecederaan pergelangan tangan.
Pemain nombor lima dunia dari Sepanyol itu tersisih daripada Terbuka Perancis sehingga menimbulkan keraguan mengenai penyertaannya dalam temasya berkenaan.
Nadal yang memenangi pingat emas di Beijing 2008 berkata, dia belum cergas sepenuhnya namun akan bermain di Rio.
"Saya telah berbincang dengan keseluruhan pasukan dan memutuskan saya akan beraksi, jadi saya akan cuba kembali berlatih dalam tempoh beberapa hari ini," katanya.
"Ia bukan situasi yang sesuai, tetapi kapten saya (Conchita Martinez) memiliki keyakinan hari ini bahawa pilihan tepat buat saya adalah mendapatkan keputusan positif untuk negara. Jadi saya akan berlatih enam jam sehari.
"Pergelangan tangan saya tidak berada di tahap 100 peratus selepas enam jam berlatih, tapi ia tidak seteruk semalam. Ini berita yang baik."
Nadal berkata dia mahu menyertai semua acara, namun menyerahkan kepada Martinez untuk membuat keputusan.
Pemenang 14 gelaran Grand Slam itu sudah tidak sabar untuk beraksi di Olimpik dengan berkata, "Saya cukup teruja dengan Olimpik. Olimpik hadir empat tahun sekali dan kita tidak tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan.
"Saya tewas di London, jadi saya teruja di sini dan bermotivasi untuk beraksi."
Pengumuman Nadal itu menceriakan semula acara tenis Olimpik, selepas Roger Federer, Stan Wawrinka dan Milos Raonic mengambil keputusan menarik diri.
Topic Berkaitan
#Olimpik
#penyertaan Nadal
#Rafael Nadal
#Rio 2016
#tenis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan