PENGURUS sementara Manchester United, Ralf Rangnick, menggesa penganjur Liga Perdana Inggeris (EPL) agar memperkenalkan semula konsep lima pertukaran pemain sambil mencadangkan Piala Liga Inggeris (EFL) harus dimansuhkan untuk menangani jadual padat.
The Red Devils berdepan masalah perlawanan tertunggak EPL berikutan penundaan aksi berdepan Brentford dan Brighton & Hove Albion berikutan penularan COVID-19 di dalam kem mereka.
United kini mempunyai hampir skuad penuh untuk dipilih menjelang aksi liga menentang Newcastle United, Selasa depan, kecuali pemain tengah yang tercedera, Paul Pogba.
Tetapi selepas ketua pasukan Liverpool, Jordan Henderson, menuduh penganjur gagal mengambil serius soal kebajikan pemain selain Jurgen Klopp mempersoalkan perubahan drastik sebelum pembatalan perlawanan di antara The Reds dengan Leeds United ketika 'Boxing Day', Rangnick percaya terdapat beberapa penyelesaian yang boleh diketengahkan.
"Konsep lima pemain telah diperkenalkan ketika COVID-19 melanda dan saya fikir ia adalah satu keputusan yang tepat untuk melakukannya bagi menjimatkan tenaga pemain, terutama jika mereka baru pulih daripada pandemik," kata Rangnick dalam sidang akhbar pra-perlawanan malam tadi.
"Perkara yang sama masih berlaku ketika ini -- kami masih berada dalam situasi yang sama seperti yang dialami satu setengah tahun yang lalu, oleh itu saya tidak nampak mengapa ia tidak sepatutnya diteruskan. Setahu saya di Eropah, hanya England satu-satunya negara yang menerapkan tiga pertukaran.
"Kami masih dibenarkan menyenaraikan lapan pemain di bangku simpanan jadi kami sepatutnya boleh menggantikan lima pemain atau akan sentiasa mempunyai situasi lima pemain memanaskan bangku simpanan tetapi tidak boleh dimasukkan."
EPL memperkenalkan peraturan lima pemain gantian ketika kempen bersambung pada Jun 2020, tetapi persaingan musim 2021/22 kembali kepada tiga pertukaran pemain.
"Saya fikir ia akan sangat membantu apabila lima pemain pertukaran boleh dibuat," tambahnya.
"Saya lebih menjurus kepada lima pertukaran pemain. Saya fikir kami perlu kembali memikirkannya dengan serius. Kebanyakan pemain juga akan menyokongnya."
Astro Arena
Fri Dec 24 2021

RANGNICK: Setahu saya di Eropah, hanya England satu-satunya negara yang menerapkan tiga pertukaran. - Foto Astro ARENA

Kilang tilam terbakar di Seremban
Sebuah kilang tilam musnah 80 peratus dalam kebakaran di Jalan Jelebu di sini petang tadi.

Banduan terakhir lari dari Penjara Jelebu diberkas
Seorang lagi banduan yang melarikan diri dari Penjara Jelebu bulan lepas berjaya ditahan di sebuah bengkel kenderaan di Assam Jawa, Kuala Selangor, Khamis lalu.

AWANI Ringkas: Wanita maut ketika selam skuba
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Jenazah Datin Seri Feona selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Jangan jadikan Malaysia 'syok sendiri' - Rafidah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mesyuarat Kabinet akan bincang isu harga siling ayam - Alexander
Persatuan mengemukakan cadangan, mewakili pihak industri untuk diketengahkan dalam mesyuarat di peringkat kerajaan.

Bekalan ikan negara mencukupi - Jabatan Perikanan
Bekalan ikan bagi keperluan dalam negara adalah mencukupi, namun apa yang berlaku pada masa ini disebabkan peningkatan permintaan akibat pembelian panik susulan laporan mengenai krisis makanan.

Remaja Thailand hilang dihanyut arus ditemui lemas
Mayat Kunabella Tuantue-ngoh, 15, ditemui sekitar jam 6.15 petang, kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang, semalam.

HAWANA 2022: Kerajaan Melaka rai pengamal media
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 bagi mengiktiraf sumbangan petugas media dalam membantu membangun dan mengukuhkan perpaduan negara, mula membuka tirai hari ini.

KKAIMB sumbang RM50,000 bantu asnaf di Pulau Pinang
Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) memperuntukkan sebanyak RM50,000 sebagai sumbangan zakat kepada 250 asnaf di seluruh Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

EPL: 23 gol masing-masing, Son dan Salah kongsi Kasut Emas
Son menjadi pemain Asia pertama memenangi anugerah tersebut, sementara ia merupakan anugerah yang ketiga bagi Salah.

Liverpool terlepas kejuaraan liga, tumpuan beralih ke final Liga Juara-Juara
Mohamed Salah dan Andrew Robertson lewat menjaringkan gol untuk memastikan tiga mata.

Kante adalah Mo Salah Chelsea - Tuchel
Pemain tengah itu adalah 'pemain utama' Chelsea ada wujud keperluan untuk menyelesaikan masalah kecergasannya.

Ten Hag teruja berkerjasama dengan Ronaldo di Man Utd
Ten Hag menyatakan dia teruja dengan prospek bekerja dengan salah seorang pemain hebat sepanjang zaman.

Man City bangkit kongsi mata dengan West Ham
Peluang The Reds untuk meraih empat gelaran yang belum pernah berlaku sebelum ini kelihatan kembali terbuka.

"Ya, saya penyerang terbaik dunia!" - Mohamed Salah
Mohamed Salah mempertahankan dirinya selepas mengisytiharkan dia adalah pemain terbaik di dunia dalam posisinya.

Scholes dakwa bilik persalinan United dalam 'berantakan', seperti bencana
Harapan United untuk menamatkan saingan di empat teratas Liga Perdana berakhir apabila mereka tewas kali ketiga dalam empat perlawanan liga utama.

Tuchel sambut baik hajat Lewis Hamilton, Serena Williams beli Chelsea
Mereka dilaporkan akan menyumbang kepada konsortium Martin Broughton dalam usaha untuk memiliki kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Astro peroleh hak penyiaran EPL sehingga musim 2024/25
Perjanjian baharu ini bakal menyaksikan Astro terus membawakan kesemua 380 perlawanan EPL dalam definisi tinggi (HD), dan sesetengah perlawanan terpilih dalam definisi 4K UHD.

Dibenam Liverpool: Manchester United bukan sekadar memalukan malah mengaibkan - Rangnick
Ia adalah kali kedua pada 2021-22 kelab dari Merseyside itu menewaskan United selepas menang 5-0 di Old Trafford November lalu.