KUALA LUMPUR: Legenda badminton negara Datuk Rashid Sidek berasa simpati dengan nasib dialami perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong yang terpaksa melupakan hasrat membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik edisi 2024 di Paris.
Pemenang pingat gangsa edisi 1996 di Atlanta berkata 'mimpi buruk' dialami Tze Yong merupakan satu kerugian buat negara yang tidak dapat menyenaraikan dua wakil dalam acara perseorangan lelaki pada temasya empat tahun sekali itu.
"Kalau saya tak dapat pergi ke Olimpik pun rasa kecewa tetapi nak buat macam mana kerana tiada rezeki untuk Tze Yong ke sana.
"Memang ada rasa rugi kita tiada dua wakil di Paris nanti. Saya percaya Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebolehnya mahu ada dua wakil tapi mahu tidak mahu kita harus terima hakikat ini dan fokus bantu Tze Yong persiapkan diri untuk kejohanan seterusnya sehingga Sukan Olimpik (Los Angeles 2028)," katanya kepada Bernama.
Ditanya sama ada penampilan di Los Angeles 2028 agak terlalu lewat buat pemain berusia 23 tahun itu menjejakkan kaki ke temasya Olimpik, Rashid menolak tanggapan sedemikian kerana faktor umur bukan kayu pengukur kepada kejayaan seseorang pemain di pentas sukan berprestij dunia.
Katanya, beliau menyumbang pingat buat negara di Atlanta 1996 sewaktu berusia 28 tahun manakala juara edisi tersebut iaitu Poul-Erik Hoyer Larsen dari Denmark juga mengecap kejayaan membanggakan buat negaranya pada umur 30 tahun.
"Sama seperti Datuk Lee Chong Wei, kali terakhir beliau menang pingat perak (Rio 2016) pun waktu itu berumur 33 tahun. Apa yang penting bergantung kepada seseorang pemain itu, jika rasa umur 30 tahun masih boleh bermain, terpulang padanya," katanya.
Justeru, bekas pemain negara berusia 55 tahun itu berharap Tze Yong dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada proses pemulihan susulan pembedahan di bahagian belakang baru-baru ini sebelum benar-benar bersedia kembali ke gelanggang.
Beliau berkata pemain di ranking ke-18 dunia itu juga tidak boleh terburu-buru dan memaksa diri untuk segera beraksi bagi mengelakkan situasi lebih buruk menimpanya pada masa depan.
"Jagalah kesihatan dahulu, jika sudah pulih sepenuhnya boleh mulakan balik latihan penuh kerana kecederaan ini agak serius. Jangan paksa diri, jika semakin teruk nanti dikhuatiri boleh sampai tahap tidak boleh berjalan," katanya.
Semalam, BAM mengesahkan impian Tze Yong beraksi ke Sukan Olimpik 2024 terkubur selepas pemain ranking ke-18 dunia itu masih belum bersedia meneruskan latihan serta pertandingan peringkat tinggi yang berisiko memburukkan lagi kecederaan belakangnya.
Justeru BAM memaklumkan pakar bedah, ahli fisioterapi, jurulatih dan Tze Yong sendiri telah bersetuju pemain kelahiran Johor itu belum bersedia secara fizikal untuk Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China pada 9 hingga 14 April ini yang menjadi medan terakhir buatnya layak ke Paris 2024.
Pemenang pingat perak perseorangan lelaki Sukan Komanwel 2022 itu dijadualkan memulakan kempen BAC 2024 menentang pemain Taiwan Wang Tzu Wei.
Tze Yong, yang berehat daripada sebarang aksi sejak Februari lepas, telah terkeluar daripada senarai kedudukan 16 pemain teratas dalam Race to Paris menjelang tarikh akhir kelayakan pada 28 April ini.
Pemain profesional Lee Zii Jia berada dalam kedudukan terbaik untuk beraksi buat kali kedua di pentas Olimpik selepas Tokyo 2020 apabila menduduki tangga ke-10 dalam carta Race to Paris dengan memungut 68,296 mata.
Sesebuah negara hanya boleh menghantar dua wakil bagi acara perseorangan, jika kedua-dua pemain berada pada kedudukan 16 teratas dalam ranking Race to Paris.
Sukan Olimpik 2024 dijadual membuka tirai secara rasmi pada 26 Julai dan berakhir 11 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 31 2024
Rashid berkata, 'mimpi buruk' dialami Tze Yong merupakan satu kerugian buat negara yang tidak dapat menyenaraikan dua wakil dalam acara perseorangan lelaki pada temasya empat tahun sekali itu. - Gambar/ Sinar Harian
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Chong Wei berterima kasih kepada semua jurulatih yang membantu kerjayanya
Semua jurulatih itu bukan hanya menggilap kemahiran badminton bahkan membina keperibadiannya sehingga berjaya ke hari ini.
Rashid Sidek tarik balik perletakan jawatan
Bekas jaguh perseorangan negara itu akan kembali bertugas di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bermula 1 Oktober ini.
Rashid curi tumpuan dengan perletakan jawatan
Perletakan jawatan Rashid Sidek mendapat pelbagai reaksi daripada semua pihak.