awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah: FAM tangguh pelaksanaan hukuman terhadap tujuh pemain KL

Bernama
Bernama
08/01/2014
01:01 MYT
Rasuah: FAM tangguh pelaksanaan hukuman terhadap tujuh pemain KL
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman ke atas tujuh pemain Kuala Lumpur yang dikatakan terbabit dengan skandal rasuah serta mengatur perlawanan.
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Taufik Abdul Razak sebaliknya berkata, jawatankuasa berkenaan akan memanggil baki 10 pemain dan pegawai termasuk bekas pengurus pasukan Datuk George Frederick bagi melengkapkan siasatan skandal tersebut yang melanda skuad warga kota.
"Saya hanya akan cakap (keputusan hukuman) selepas kesemua mereka selesai memberikan keterangan di hadapan jawatankuasa...Selain itu, saya tidak boleh mengulas lanjut.
"Jawatankuasa berpandangan adalah tidak wajar untuk saya memberikan keputusan sekarang kerana saya perlu mengendalikan (kes-kes tatatertib yang lain)," kata Taufik kepada pemberita, di sini, Selasa.
Dua lagi pemain Kuala Lumpur iaitu Mohamad Amirul Asraf Mohd Noor dan S.Sivaraj memberikan keterangan di hadapan jawatankuasa berkenaan pada prosiding yang berlangsung hampir empat jam di Wisma FAM, Selasa.
Lima pemain Kuala Lumpur sebelum ini sudah memberikan keterangan iaitu Azizon Abdul Kadir dan Benedict Martin pada 27 Dis lepas manakala Syazwan Rani, J. Mughilan Kartik serta Azwan Jatin tampil memberikan keterangan, Jumaat lepas.
Mengulas lanjut, Taufik berkata baki 10 pemain dan pegawai itu akan dipanggil untuk memberikan keterangan selepas menerima surat pertuduhan yang bakal dikeluarkan oleh Jabatan Undang-Undang FAM dalam tempoh terdekat.
Pada 20 Dis lepas, Jawatankuasa Tatatertib FAM menjatuhkan hukuman penggantungan seumur hidup selain denda berjumlah RM20,000 kepada lima pemain skuad warga kota yang didapati bersalah dengan skandal rasuah dan mengatur perlawanan.
Mereka adalah Fadhullah Yunsifar, Phoo Kai Lun, Khairul Anuar Shafie, Jeremy Danker dan Hafizi Roslee.
Selain itu, ketua jurulatih Kuala Lumpur, Stanislav Lieskovsky dari Slovakia; penolong pengurus Rosli Omar dan pegawai pasukan, Saari Jani yang didapati bersalah oleh jawatankuasa berkenaan, turut menerima hukuman yang sama.
Topic Berkaitan
#FAM
#mengatur perlawanan
#pemain
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan