awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah sukan semakin menular

Astro Awani
Astro Awani
12/02/2013
06:39 MYT
Rasuah sukan semakin menular
Gejala rasuah dan mengatur keputusan perlawanan semakin menular dalam arena sukan antarabangsa. Di Britain, wujudnya satu kumpulan yang memantau aktiviti pertaruhan dalam usaha memerangi gejala tidak bermoral itu. Kumpulan Sportradar yang berpangkalan di London ini menggunakan kaedah tertentu bagi memantau aktiviti pertaruhan membabitkan keputusan sukan. Mereka turut diberi kepercayaan beberapa persatuan utama termasuklah Uefa, Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) dan Persatuan Bola Sepak Jermam (DFB) untuk tujuan pemantauan. Menurut pengarah integritinya, Darren Small kumpulan itu berjaya membawa perubahan di Itali yang sebelum ini dihimpit dengan skandal mengatur perlawanan bola sepak. Darren berkata,“Italy adalah contoh yang baik untuk kita, Liga Pro terutamanya. Apabila kita mula-mula bertemu dengan Liga Pro mereka mempunyai masalah , mereka akan mengakui diri mereka sendiri selama bertahun-tahun bahawa kami telah mengembangkan hubungan kita, kita telah melihat penurunan dalam bilangan permainan yang telah dianggap sebagai mencurigakan. Jadi kami sangat gembira dengan kajian kes untuk apa yang kita lihat. " Kami lihat pengurangan jumlah perlawanan yang meragukan, sehingga tahun lalu, kami tidak mengesan apa-apa. Kami amat gembira kerana ia merupakan satu contoh terbaik buat kami. Minggu lalu, organisasi polis kesatuan Eropah, Europol mendedahkan 680 perlawanan rantau berkenaan disyaki telah diatur keputusannya. Satu sindiket jenayah terancang di Singapura dilaporkan menjadi dalang aktiviti itu.
Topic Berkaitan
#Darren Small
#DFB
#gejala rasuah
#ITF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan