Juara bertahan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Real Madrid akan bertemu dengan Bayern Munich di separuh akhir, selepas undian diadakan di ibu pejabat badan bola sepak Eropah, UEFA sebentar tadi.
Satu lagi perlawanan separuh akhir akan menemukan Liverpool dengan AS Roma.
Separuh akhir pertama akan berlangsung pada 24/25 April diikuti dengan perlawanan kedua pada 1/2 Mei.
Madrid, yang merupakan juara bertahan untuk dua musim berturut-turut, mara ke separuh akhir selepas berjaya mengatasi Juventus 4-3 menerusi agregat, dalam pertarungan yang penuh drama.
Dalam perlawanan itu, Cristiano Ronaldo menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan babak kedua selepas Juventus berjaya menyamakan kedudukan agregat 3-3.
Ia turut menyaksikan penjaga gol dan kapten pasukan Juventus, Gianluigi Buffon dibuang padang akibat protes yang melampau ke atas pengadil perlawanan yang memberikan penalti kepada Madrid.
Ronaldo merupakan pemain yang paling menyerlah dalam UCL dengan memenangi kasut emas selaku penjaring terbanyak sejak musim 2011/2012 lagi dan berada dalam landasan yang betul untuk muncul penjaring terbanyak musim ini, dengan 15 gol setakat ini.
Penjaring kedua terbanyak adalah Mohamed Salah dan Roberto Firmino, yang masih bersaing dalam kejohanan ini bersama Liverpool.
Liverpool mara ke separuh akhir selepas menewaskan pendahulu liga Inggeris, Manchester City dengan agregat 5-1.
AS Roma pula bangkit daripada ketinggalan 1-4 dalam suku akhir pertama menentang Barcelona, untuk menang dengan kelebihan gol di tempat lawan selepas terikat agregat 4-4.
Roma belum pernah memenangi UCL dan kali terakhir mara ke final pada 1984, mereka tumpas kepada Liverpool.
Liverpool merupakan juara lima kali kejohanan kelab Eropah tertinggi ini dan kali terakhir muncul juara pada 2005.
Bayern Munich pula terpaksa berhempas pulas untuk mengatasi Sevilla sebelum menang 2-1 menerusi agregat, selepas terikat 0-0 di Munich pada Rabu.
Ian Johan Ariff
Fri Apr 13 2018
Duta UCL & bekas pemain AC Milan, Andriy Shevchenko, melakukan undian separuh akhir UCL di Nyon sebentar tadi. - Foto UEFA.com
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Prestasi merudum, AS Roma pecat Mourinho
Kelab bola sepak Itali, AS Roma memecat pengurusnya, Jose Mourinho, pada Selasa, susulan prestasi hambar yang dipamerkan jurulatih berusia 60 tahun itu.
AS Roma akhiri kemarau kejuaraan Eropah
Kejuaraan kelab Eropah tahap ketiga itu juga merupakan trofi pertama kelab Serie A Itali tersebut dalam tempoh 14 tahun.
Saya lakukan kerosakan pada awal musim tapi Juve kini di landasan tepat - Allegri
Juve kini telah memenangi empat perlawanan Serie A berturut-turut dan enam dalam kesemua kejohanan.
Mourinho raikan perlawanan ke-1,000 bersama penyokong Roma
Jose Mourinho berkata dia akan mengingati kemenangan saat akhir AS Roma ke atas Sassuolo selepas meraikan perlawanannya yang ke-1,000 dengan cara tersendiri awal pagi tadi.
Mourinho bakal bimbing Roma musim hadapan
Bekas pengurus Chelsea, Manchester United dan Tottenham Hotspur itu bakal memulakan karier pengurusan di Itali buat kali kedua selepas membimbing Itali pada 2008-2010.
Juve belajar daripada kesilapan, kata Pirlo tentang pendekatan bertahan
Cristiano Ronaldo membuka jaringan di Stadium Allianz pada minit ke-13 sebelum gol sendiri Ibanez memastikan Juve meraih tiga mata untuk memintas Roma di tangga ketiga.
Ronaldo mungkin direhatkan pada hari keraian Juventus
Pemain berusia 35 tahun itu telah merekodkan 31 gol dalam saingan liga ketika membantu Juve memperoleh gelaran berkenaan.
Valverde tidak sabar hidupkan semula perseteruan dengan Zidane
Zidane rasmi kembali ke Madrid semalam dengan menandatangani kontrak tiga tahun untuk menggantikan Santiago Solari yang dilantik sebagai pengurus sementara ekoran pemecatan Julen Lopetegui.
Jaringan lewat Telles sahkan kemaraan Porto
Perlawanan seakan-akan perlu berlarutan ke penentuan penalti, namun tindakan Alessandro Florenzi menarik baju Fernando memaksa pengadil Cuneyt Cakir memberikan sepakan penalti kepada Porto.
Chelsea sambar penjaga gol baharu untuk yuran rekod dunia RM377 juta
Pembelian Kepa Arrizabalaga untuk ganti pemergian Thibaut Courtois ke Real Madrid pecahkan rekod perpindahan Alisson Becker dari AS Roma ke Liverpool.