awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Real Madrid pecat Lopetegui, namakan Conte sebagai pengganti

Israr Khalid
Israr Khalid
29/10/2018
06:39 MYT
Real Madrid pecat Lopetegui, namakan Conte sebagai pengganti
Real Madrid memecat Julen Lopetegui pada Isnin dan bekas pengendali Chelsea, Antonio Conte dinamakan sebagai penggantinya di kerusi pengurus pasukan utama kelab tersebut. - Gambar fail
Real Madrid memecat Julen Lopetegui pada Isnin dan bekas pengendali Chelsea, Antonio Conte dinamakan sebagai penggantinya di kerusi pengurus pasukan utama kelab tersebut.
Ia selepas kekalahan teruk Los Blancos kepada seteru utama, Barcelona dalam pertembungan El Clasico bagi saingan La Liga pada Ahad.
“Kami perlu membuat keputusan. Kami tidak boleh berterusan begini,” kata sumber dari Real Madrid kepada Goal.
Khidmat Lopetegui berakhir selepas hanya empat bulan selepas mengambil alih kepimpinan daripada Zinedine Zidane pada Jun, sehari selepas dipecat dari posisi ketua jurulatih Sepanyol ketika beberapa hari sebelum bermulanya Piala Dunia.
Bekas pengendali Porto berusia 52 tahun itu nampaknya gagal meneruskan kecemerlangan ditinggalkan Zidane, kalah lima perlawanan musim ini: empat perlawanan liga dan satu perlawanan Liga Juara-Juara Eropah kepada CSKA Moscow.
Sementara itu, kapten Real Madrid, Sergio Ramos menegaskan bahawa sebarang keputusan berkaitan kedudukan Lopetegui tidak langsung melibatkan input daripada pemain.
“Ia bukan keputusan kami. Kami biarkan masa menentukan, apa yang terjadi biar terjadi. Ia bukan berkenaan para pemain,” tegasnya.
Sejurus kekalahan 1-5 di Nou Camp pada Ahad, Real Madrid menghubungi Conte dan pengendali dari Itali berusia 49 tahun itu difahamkan bersetuju untuk mengambil alih pengurusan Real.
Walaupun masih dibelenggu isu kontrak bersama Chelsea, difahamkan Conte dijangka tiba di Madrid pada Isnin.
Topic Berkaitan
#Antonio Conte
#barcelona
#bola sepak
#El Clasico
#Julen Lopetegui
#La Liga
#Los Blancos
#Real Madrid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan