awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: RESET langkah penting pemodenan sistem kesihatan negara
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
Dua jeti di Port Dickson berwajah baharu, beri nilai tambah pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Real Madrid tiada gentar ke Stadium Etihad - Dani Carvajal

Astro Arena
Astro Arena
11/05/2023
04:29 MYT
Real Madrid tiada gentar ke Stadium Etihad - Dani Carvajal
Kedua-dua pasukan sama handal apabila terikat 1-1 dalam pertemuan pertama di Bernabeu semalam. - Stadium Astro
DANI Carvajal menegaskan Real Madrid tidak perlu gentar untuk bertandang ke Stadium Etihad bagi perlawanan kedua separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) menentang Manchester City minggu depan.
Kedua-dua pasukan sama handal apabila terikat 1-1 dalam pertemuan pertama di Bernabeu semalam.
Vinicius Junior memecah kebuntuan buat juara bertahan itu dengan percubaan dari luar kotak penalti sebelum rembatan leret Kevin De Bruyne menyamakan kedudukan.
Bek kanan, Carvajal, kemudian berkata: “Mereka mempunyai pemain bertaraf dunia, mereka menggerakkan bola dengan sangat baik, taktikal mereka menjadi -- tetapi saya tidak fikir kami melihat pasukan City lebih hebat daripada Madrid.
“Kami tahu bahawa kami telah beraksi dengan baik dan jika kami melakukan perkara yang betul, andai kami mengambil peluang di Manchester maka kami mempunyai peluang untuk mara.
“Kami akan pergi ke sana tanpa perlu takut.
"Kami perlu pergi ke sana untuk menang, bermain dengan gaya kami dan pasukan mempercayainya.” -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Real Madrid
#Manchester City
#Liga Juara-Juara
#UCL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan