MASA depan Kylian Mbappe serta spekulasi perpindahannya ke Real Madrid yang masih belum selesai akan menjadi cerita utama pada jendela perpindahan yang dibuka di Eropah hari ini.

Banyak perhatian akan tertumpu kepada Mbappe yang juga penggempur berbisa Paris Saint-Germain (PSG) selain aksi luar biasanya ketika menjaringkan hatrik untuk Perancis dalam perlawanan akhir Piala Dunia tahun lalu.

Real Madrid sekali lagi menjadi peminat utama pemain berusia 25 tahun itu apabila kontraknya bersama PSG tamat pada Jun.

Mbappe pernah menggemparkan jendela perpindahan selepas Presiden, Emmanuel Macron terpaksa campur tangan untuk memujuknya untuk kekal di PSG pada Jun 2022 apabila perpindahan ke Real kelihatan hampir pasti.

Real tidak akan terus berhenti memburu Mbappe walaupun bakal menyambar bintang muda Brazil, Endrick dari Palmeiras.

​Dalam pada itu, pencarian Arsenal untuk pemain di posisi penyerang menerajui cabaran mereka merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang pertama sejak 2004 juga bakal menjadi agenda penting pada jendela perpindahan kali ini.

Sementara itu, Manchester City dijangka melepaskan Kalvin Phillips meninggalkan kelab itu selepas bekas pemain tengah Leeds itu gagal memenangi tempat bersama juara dunia itu. - Sinar Harian