KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berharap agar lebih banyak kejayaan manis mampu dilakar atlet negara sepanjang tahun ini khususnya menjelang temasya Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan.
Ia susulan kejayaan atlet negara di pentas antarabangsa terutama dari sukan badminton dan berbasikal sejak minggu lepas.
"Tahniah kepada atlet dan pasukan. Kejayaan ini adalah hasil kerja keras semua yang terlibat termasuklah jurulatih, pengurusan, persatuan sukan kebangsaan, pasukan MSN (Majlis Sukan Negara) dan ISN (Institut Sukan Negara) serta mereka yang bekerja di belakang tabir.
"Saya sentiasa percaya bahawa sukan adalah medan kebersamaan kita. The moment of unity (detik perpaduan). Saya juga percaya akan kebolehan dan kemampuan atlet kita.
"Semangat enggan mengalah dan semangat untuk negara menjadi azimat kemaraan mereka untuk mencipta kejayaan demi kejayaan," katanya menerusi hantaran di laman Facebook, Instagram dan Twitter pada Isnin.
Baru-baru ini, pemain perseorangan lelaki utama Lee Zii Jia menghadiahkan khabar gembira buat arena sukan negara selepas menewaskan pemain nombor dua dunia Viktor Axelsen dari Denmark, untuk muncul juara All England 2021, diikuti prestasi memberangsangkan gandingan wanita Pearly Tan-M Thinaah serta beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.
"Hujung minggu ini juga kita menerima berita kejayaan Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Mohd Azizulhasni Awang di Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia 2021 di Brisbane bagi acara keirin dan pecut.
"Begitu juga Badminton Terbuka Poland 2021. Pemain muda Malaysia merangkul gelaran juara dalam tiga kategori (perseorangan lelaki, beregu lelaki dan beregu campuran).
"Tahniah Ng Tze Yong, Man Wei Chong, Tee Kai Win, Chang Yee Jun, Chia Wie Jie, Choong Hon Jian dan Toh Ee Wei," katanya.
Kem berbasikal trek negara yang berpangkalan di Melbourne, Australia menghadiahkan masing-masing satu pingat emas dan gangsa serta dua perak pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia 2021 menerusi Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Mohd Azizulhasni Awang.
Muhammad Shah Firdaus dan Mohd Azizulhasni masing-masing menyumbang pingat emas dan perak acara keirin dalam penamat satu dua, manakala dalam acara pecut pula dua pelumba itu menyumbang perak (Mohd Azizulhasni) dan gangsa (Muhammad Shah Firdaus) di Velodrom Anna Meares di Brisbane, Australia.
Pemain badminton remaja negara pula menggondol tiga gelaran Terbuka Poland menerusi Tze Yong (perseorangan lelaki) yang mengejutkan pilihan kedua Pablo Abian dari Sepanyol, diikuti gandingan Choong Hon Jian-Toh Ee Wei (beregu campuran) menewaskan Nicolas A Mueller-Ronjan Stern dari Switzerland.
Beregu lelaki Man Wei Chong-Tee Kai Wun pula menundukkan rakan senegara Chang Yee Jun-Chia Wei Jie untuk menjuarai kategori berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 29 2021
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berharap agar lebih banyak kejayaan manis mampu dilakar atlet negara sepanjang tahun ini khususnya menjelang temasya Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan. -Astro AWANI / Shahir Omar
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
AWANI Tonight: Astro's turnaround, new TV packs, and Premier League rights
Astro Malaysia Holdings Bhd reported a net profit of RM46.94 million for Q3 2024, introduced new TV packs, and renewed Premier League and FA Cup broadcasting rights through 2028.
AWANI Tonight: Govt probes alleged mishandling of deceased baby’s body
The Health Ministry has launched an investigation into the claim that a private hospital stored a newborn’s body in a freezer for two weeks, due to the father’s inability to pay the medical bills.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.
Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.
Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi
Beliau berkongsi perkara itu menerusi media sosial, sambil menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.
'Azizulhasni pejuang sejati' - Shah Firdaus
Pelumba berusia 28 tahun dari Johor itu mengakui banyak kejayaan yang sudah dilakar oleh rakan seperjuangannya itu yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman di pentas antarabangsa.
Adakah ini balasan kerana langgar janji kepada keluarga? - Azizulhasni
Beliau berasa bersalah kerana menghampakan rakyat Malaysia dan memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan impian membawa pulang pingat emas pertama negara.
Sudah tiba masanya Azizulhasni jadi jurulatih
Hamidin berkata, pengalaman dimiliki Azizulhasni amat bernilai kepada atlet pelapis trek berbasikal negara.
Olimpik Paris 2024 gagal? Hamidin minta semua pihak berpijak di bumi nyata
Ketua Kontinjen berpendapat, sebahagian besar atlet yang mewakili negara menunjukkan peningkatan dari segi rekod dan prestasi pada Olimpik Paris 2024.