awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rembatan Emil Forsberg memastikan kemaraan Sweden ke suku akhir

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
03/07/2018
16:36 MYT
Rembatan Emil Forsberg memastikan kemaraan Sweden ke suku akhir
Sweden meraikan kejayaan mara ke suku akhir selepas menewaskan Switzerland 1-0 di Saint Petersburg. - Gambar REUTERS/Max Rossi
Sweden mara ke suku akhir selepas menewaskan Switzerland 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung agak hambar pada Selasa.

Rembatan Emil Forsberg pada minit ke-66 yang terkena pemain Switzerland, Manuel Akanji sebelum menerjah gawang yang dikawal Yann Sommer.
Switzerland turut mempunyai beberapa peluang pada awal babak pertama dengan percubaan Steven Zuber diselamatkan penjaga gol Sweden, Robin Olsen.
Kedua-dua pasukan gagal memanfaatkan peluang yang terhidang di depan gol yang turut menyaksikan Michael Lang dibuang padang, tiga minit dalam masa kecederaan babak kedua, selepas menjatuhkan Martin Olsson untuk menafikan peluang menjaringkan gol.
Pengadil, Damir Skomina pada awalnya memberikan penalti kepada Sweden namun selepas merujuk semula video bantuan pengadil, VAR, faul sebenarnya dilakukan di luar kotak penalti sekali gus mengubah keputusan kepada sepakan percuma.
Sepakan percuma yang diambil Ola Toivonen berjaya diselamatkan Sommer namun ia merupakan tendangan terakhir pada perlawanan itu selepas Skomina meniupkan wisel penamat.
Sebelum itu, Olssen menyelamatkan tandukan Haris Seferovic ke arah gawang dalam masa kecederaan untuk memastikan Sweden terus mendahului.
Sweden menanti pemenang perlawanan antara Colombia dan England yang berlangsung pada lewat hari Selasa di suku akhir.
Topic Berkaitan
#Awani FIFA
#Emil Forsberg
#Manuel Akanji
#Martin Olsson
#Piala Dunia 2018
#Raya Bola 2018
#Steven Zuber
#Sweden
#Switzerland
#VAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan