IMPIAN Malaysia di Olimpik Rio berkilauan dengan sinar perak apabila beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, berjuang habis-habisan melawan mereka dari China, Fu HaiFeng-Zhang Nan dalam perlawanan akhir di Riocentro.
Dalam perlawanan yang memihak kepada China itu, Fu HaiFeng-Zhang Nan tidak mahu mengalah pada set kedua dan set penentuan, selepas mereka kalah set pertama kepada Malaysia.
China memenangi perlawanan itu dengan mata 16-21, 21-11, 23-21.
Malaysia amat berbangga untuk meraikan pingat perak yang dihadiahkan V Shem dan Wee Kiong, setelah menyaksikan mereka berhempas-pulas mencari mata dalam perlawanan akhir yang sengit, hingga terbawa ke set penentuan.
GALERI FOTO : Tahniah! kilauan perak buat Goh V Shem-Tan Wee Kiong
LAPOR LANGSUNG: Rio 2016: Pingat perak untuk negara
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam reaksi beliau turut melahirkan rasa bangga dengan pencapaian pasangan beregu badminton lelaki negara itu.
"Goh V Shem - Tan Wee Kiong telah berikan usaha terbaik mereka. Saya bangga dengan pencapaian mereka, pingat perak ketiga #MAS! Tahniah!," katanya dalam catatan di laman Twitter.
Sementara itu, kegagalan mencari penyudah yang baik membuatkan pasangan negara kecewa dalam usaha mereka memburu emas.
"Kami kecewa, dan kesilapan semasa membuat pukulan servis menyebabkan kami tewas dalam pertarungan ini. Kami sudah mara sejauh ini namun gagal melakukan penyudahan yang baik," kata V Shem.
"Ia sesuatu yang malang...situasi ketika itu tegang menyebabkan kami melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya di saat-saat genting," kata Wee Kiong.
Setakat ini, badminton menyumbangkan dua pingat perak menerusi V Shem-Wee Kiong serta pasangan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.
Malaysia masih berpeluang menamatkan kemarau pingat emas pada temasya Olimpik kini dimana Datuk Lee Chong Wei akan turun beraksi dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki hari ini (Sabtu), bertemu Chen Long dari China.
Selain dua pingat perak menerusi badminton, gandingan penerjun Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong turut menyumbangkan perak dalam acara 10m platform seirama wanita serta satu gangsa melalui pelumba basikal trek, Azizulhasni Awang dalam perlumbaan keirin.
Astro Awani
Sat Aug 20 2016
Goh V Shem-Tan Wee Kiong bawa cabaran negara hingga ke baki tenaga terakhir. - Foto REUTERS/Marcelo del Pozo
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Final Jelajah Dunia BWF: 'Hidung berdarah' tak halang Tang Jie-Ee Wei atasi wakil Indonesia
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kumpulan B Final Jelajah Dunia BWF 2024.
An Se-young dinobatkan pemain badminton wanita terbaik dunia 2024
Bintang sensasi Korea Selatan, An Se-young terus mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemain badminton wanita terbaik dunia.
Badminton: Tat Meng sah tinggalkan 'team' Lee Zii Jia
Pasukan Lee Zii Jia mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng akan meninggalkan pasukan berkenaan.
BAM ambil pendekatan berbeza untuk Sukan SEA 2025
Malaysia pada Sukan SEA di Kemboja sebelum ini menurunkan pemain muda bagi memberi peluang kepada mereka untuk menampilkan aksi cemerlang.
Final Jelajah Dunia BWF: Juara Olimpik Viktor Axelsen tarik diri
Juara Sukan Olimpik, Viktor Axelsen, sah menarik diri daripada Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China minggu depan.
Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.
Beregu lelaki bersiap sedia hadapi kalendar 2025 - Bin Shen
Penampilan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di Jelajah Dunia Akhir 2024 pada Disember jadi peluang terbaik mengenal pasti kelemahan secara terperinci.
Jonassen terima cabaran BAM untuk jelma pingat emas Olimpik pertama
Kenneth Jonassen bersedia menyahut cabaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menjelmakan pingat emas Olimpik pertama buat negara di Los Angeles 2028 (LA28).