KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memotong dana hak penyiaran Sarawak United FC sebanyak RM100,000, untuk disalurkan kepada pemain dan pegawai pasukan itu yang berdepan masalah tunggakan gaji ketika ini.
Keputusan itu dicapai sebulat suara dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL keempat 2021-2025 yang dipengerusikan Presiden MFL Datuk Ab Ghani Hassan semalam, bagi meringankan beban dipikul pemain dan pegawai Sarawak United.
"Pembayaran kepada pemain Sarawak United FC yang terlibat akan disalurkan Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM)," menurut kenyataan MFL hari ini.
MFL yang memandang serius isu tunggakan gaji melibatkan Sarawak United, mengarahkan pasukan itu untuk menyelesaikan masalah tersebut dalam tempoh 14 hari berkuat kuasa hari ini.
Sarawak United turut berdepan kemungkinan tidak dibenarkan bertanding dalam saingan Piala Malaysia sekiranya masalah itu tidak diselesaikan dalam tempoh diberikan.
Selasa lepas, PFAM mengesahkan menerima laporan isu tunggakan gaji yang berlarutan hampir empat bulan membabitkan beberapa pemain pasukan Sarawak United.
Dalam kenyataan berasingan, MFL memaklumkan Rapid Rail mengesahkan operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga 1 pagi bagi memenuhi kehadiran kira-kira 80,000 penyokong di Stadium Nasional di Bukit Jalil bagi menyaksikan final Piala FA, 10 Sept ini.
Turut disediakan adalah tren tambahan sejurus tamat perlawanan bagi memberikan keselesaan kepada penyokong dua pasukan finalis, Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta'zim (JDT) pulang ke destinasi masing-masing.
Semua pengguna LRT juga dinasihtkan supaya dapat menggunakan Touch 'n Go selain membuat urusan tambah nilai terlebih dahulu, sebelum tiba di stesen bagi melicinkan pergerakan.
Rapid Rail turut memberi jaminan mampu memenuhi keperluan semua pengguna walaupun sebuah konsert turut berlangsung pada hari yang sama di Axiata Arena di Bukit Jalil.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 26 2022
Keputusan itu dicapai sebulat suara dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL keempat 2021-2025 yang dipengerusikan Presiden MFL Datuk Ab Ghani Hassan semalam. - Gambar fail
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
MFL umum pindaan lima perlawanan, Piala Malaysia turut ditunda
MFL mengumumkan tarikh masa dan venue yang baharu bagi lima perlawanan Liga Super sambil membuat perubahan terhadap aksi TM Piala Malaysia.
Keputusan tangguh perlawanan Perak FC-JDT berdasarkan manual liga - MFL
Giorgio Pompili Rossi memaklumkan keputusan penangguhan perlawanan di Stadium Perak, Ipoh itu berdasarkan Manual Liga Malaysia 2024-2025.
Tiga kelab Liga Super alami isu tunggakan gaji didenda RM15,000
Denda itu berikutan MFL FFP masih belum menerima sebarang penyelesaian berhubung tunggakan gaji.
Liga Premier tidak akan dikembalikan tahun depan - Rossi
Harapan peminat bola sepak negara untuk melihat kembali saingan Liga Premier seawal musim depan tidak akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat kerana kesuntukan masa.
Malaysia Airlines, MFL lanjut kerjasama tiga tahun lagi
Malaysia Airlines melanjutkan kerjasama strategik dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi tempoh tiga tahun lagi hingga 2027.
Tiket final Piala Asia 2024 serendah RM50 - MFL
Final Piala FA itu akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 malam.
Kemuka deklarasi dokumen tidak tepat, KL City dikenakan hukuman berat
KL City FC hari ini dikenakan hukuman berat susulan mengemukakan deklarasi tunggakan yang tidak tepat dalam proses permohonan lesen kebangsaan dan AFC.
Kontrak Stuart bersama MFL dalam rundingan
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Datuk Stuart Ramalingam mengesahkan beliau sedang merundingkan kontraknya yang bakal tamat Ogos ini.
Sultan Selangor perkenan terima menghadap Hamidin selepas 7 Julai
Sultan Selangor perkenan terima menghadap Hamidin selepas 7 Julai
MFL kurangkan hukuman Selangor FC: 'Nasi sudah jadi bubur' - Penganalisis
TINDAKAN Liga Bolasepak Malaysia (MFL) membuat pusingan u mengurangkan hukuman dengan membatalkan dua tindakan yang dikenakan ke atas Selangor FC dilihat sebagai nasi sudah menjadi bubur.