TINDAKAN Liga Bolasepak Malaysia (MFL) membuat pusingan u mengurangkan hukuman dengan membatalkan dua tindakan yang dikenakan ke atas Selangor FC dilihat sebagai nasi sudah menjadi bubur.
Penganalisis sukan, Zainal Abidin Rawop berkata, tindakan tersebut sepatutnya tidak berlaku, namun setelah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kemurkaan, MFL mengubah pendirian mereka.
Beliau berkata, keputusan sepatutnya tidak dibuat secara terburu-buru dan beremosi, sebaliknya isu tersebut perlu diurus dengan tenang dan pengalaman bagi mengelak insiden sama berulang pada masa depan.
“Selepas ini hukuman perlu panggil pihak berkaitan (Selangor FC) untuk kemukakan hujah dan dokumen, kemudian baru jatuh hukum, tapi ikut sedap mulut (hukuman).
“Kalau beremosi inilah padahnya yang menyebabkan keputusan dan hukuman luar jangkaan dan akhirnya dibalas oleh pihak istana.
“Sepatutnya ia tak berlaku pada saya MFL 'jump the gun', tidak beri peluang dan panggil Selangor FC untuk beri penjelasan.
“Nasi sudah jadi bubur dan kemudian bubur nak jadikan semula nasi himpit. Itulah keadaannya, jadi masing-masing (MFL) tidak tahu nak buat apa, akhirnya buat pusingan u dan kena balik dengan warganet,” katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.
Sinar Harian pada Jumaat melaporkan MFL membatalkan keputusan pemotongan tiga mata dan aksi tanpa penonton melibatkan pertemuan Selangor FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di gelanggang skuad Gergasi Merah nanti.
Malah, MFL juga mengurangkan denda daripada RM100,000 ke RM60,000 terhadap Selangor FC.
Pertimbangan tersebut dibuat sebagai menjunjung kasih dan menghormati titah Sultan Selangor.
Zainal Abidin menyeru MFL kembali kepada hala tuju untuk memajukan liga dan bola sepak negara supaya isu kontroversi di luar padang dapat dielakkan.
Beliau berkata, di sebalik masalah Video Bantuan Pengadil (VAR) yang belum selesai, timbul pula isu baharu tersebut yang akhirnya boleh menyebabkan liga tempatan merudum dan lingkup jika gagal ditangani dengan baik.
“MFL perlu ambil inisiatif untuk bantu pihak (kelab) yang nak main bola sepak ini untuk meriahkan liga bukan dengan cuba jauhkan dari MFL,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 29 2024
Zainal Abidin berkata, tindakan tersebut sepatutnya tidak berlaku. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Selangor tersingkir daripada saingan ACL 2
Selangor menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat ketiga dengan mengutip 10 mata di belakang wakil Thailand Muangthong United.
UltraSel harap dapat mengadap RMS
UltraSel berharap agar dapat mengadap Pengerusi Selangor FC yang juga Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk berbincang mengenai masalah kelab itu.
Piala Malaysia: Sri Pahang lolos ke suku akhir, tewaskan Selangor 2-1
Sri Pahang FC berjaya ke suku akhir Piala Malaysia 2024/2025 dengan agregat 3-2 selepas menewaskan Selangor FC 2-1, malam tadi.
Kinoshi mahu gergasi merah tajamkan gerakan penyudah
Jurulatih dari Jepun itu meminta agar corak serangan agresif yang diterapkan kepada pemain Gergasi Merah.
Kes Faisal Halim: Selangor mungkin guna undang-undang jika tiada keputusan siasatan
Selangor tidak menolak kemungkinan menggunakan saluran undang-undang sekiranya tiada sebarang keputusan daripada siasatan kes serangan asid ke atas pemain Selangor FC, Faisal Halim.
Fandi hampa kesilapan minit akhir punca Sri Pahang FC catat seri
Ketua Jurulatih Sri Pahang FC Fandi Ahmad hampa apabila skuad bimbingannya setakat mencatat keputusan seri 1-1 berdepan Selangor FC.
Jurulatih dari Jepun, Katsuhito Kinoshi dilantik kemudi Selangor FC
Katsuhito Kinoshi dilantik sebagai Ketua Jurulatih Selangor FC yang baharu menggantikan Nidzam Jamil, yang meletak jawatan secara mengejut bulan lepas.
Piala Malaysia: Selangor ikat Sri Pahang, Terengganu tundukkan Melaka
Sri Pahang FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila terikat 1-1 ketika bertemu Selangor FC, malam tadi.
Selangor belum terima maklum balas perkembangan kes Faisal Halim
Kerajaan negeri belum menerima apa-apa maklum balas daripada pihak polis berhubung perkembangan siasatan kes membabitkan pemain Selangor FC Muhammad Faisal Halim.
Piala Malaysia: Laluan mudah buat JDT
Gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) berhadapan laluan mudah dalam misi mempertahankan Piala Malaysia.