awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ronaldo hidupkan peluang Al Nassr

Sinar Harian
Sinar Harian
17/05/2023
05:30 MYT
Ronaldo hidupkan peluang Al Nassr
Ronaldo meletakkan Al Nassr di hadapan menerusi sepakan penalti tujuh minit selepas separuh masa kedua bermula. - Fail/Stadium Astro
CRISTIANO Ronaldo menghidupkan semula harapan tipis Al-Nassr untuk memenangi gelaran Liga Pro Saudi pada musim pertamanya di kelab itu selepas menjaringkan penalti dalam kemenangan 2-0 ke atas Al-Ta'ee pada Rabu.
Ronaldo meletakkan Al Nassr di hadapan menerusi sepakan penalti tujuh minit selepas separuh masa kedua bermula dan pemain Brazil, Talisca menjaringkan gol kedua sepuluh minit sebelum perlawanan ditamatkan.
Dalam pada itu, pendahulu liga Al-Ittihad gagal memanfaatkan kelebihan dua gol untuk seri 2-2 dengan Al-Hilal sekali gus mengurangkan jurang dengan Al Nassr kepada tiga mata berbaki tiga aksi lagi.
Al-Ittihad mendahului menerusi Igor Coronado dan Ahmed Bamsoud pada separuh masa pertama tetapi Musab Aljuwayr mengurangkan defisit empat minit sebelum rehat.
Percubaan silang Musab kelihatan ditampan oleh penjaga gol Al-Ittihad, Marcelo Grohe dan permainan diteruskan selama lebih seminit sebelum Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesahkan bahawa bola sebenarnya telah melepasi garisan gol.
VAR sekali lagi memainkan peranan pada masa kecederaan penghujung perlawanan apabila sepakan penyerang Al-Hilal, Michael diselamatkan oleh pemain pertahanan Ahmed Hegazy namun VAR sekali lagi mengesahkan bahawa bola telah masuk terlebih dahulu. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#Al-Nassr
#Liga Pro Saudi
#Al-Ta'ee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan