awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ronaldo jaring gol, pimpin Al-Nassr ke separuh akhir AFC Champions Elite

Agensi
Agensi
27/04/2025
00:30 MYT
Ronaldo jaring gol, pimpin Al-Nassr ke separuh akhir AFC Champions Elite
Aksi Ronaldo (kanan) dan Yan dari Yokohama F. Marinos semasa perlawanan Suku Akhir AFC Champions League Elite antara Al-Nassr dan Yokohama F. Marinos di Stadium Bandar Sukan Putera Abdullah Al-Faisal, Jeddah, Arab Saudi, pada Sabtu. - Gambar Reuters
JEDDAH: Cristiano Ronaldo mengetuai pasukan Al-Nassr meraih kemenangan 4-1 ke atas Yokohama F. Marinos dari Jepun dalam suku akhir AFC Champions League Elite pada Sabtu.
Pemain berusia 40 tahun itu menjaringkan gol kelapannya dalam kejohanan ini menerusi aksi cemerlang separuh masa pertama di Jeddah, yang menjadi tuan rumah semua perlawanan dari peringkat suku akhir hingga ke final pada 3 Mei.
Pada separuh akhir Rabu ini, Al-Nassr akan berdepan Al-Sadd dari Qatar atau Kawasaki Frontale dari Jepun, yang akan bertemu pada Ahad.
Jhon Duran, yang dibeli dari Aston Villa pada Januari lalu dengan nilai lebih AS$100 juta, membuka jaringan menerusi rembatan jarak dekat.
Empat minit kemudian, Sadio Mane, bekas pemain Liverpool, menggandakan kedudukan Al-Nassr dengan rembatan rendah dari sebelah kiri kawasan penalti.
Sebelum rehat, Ronaldo memastikan Al-Nassr selangkah ke separuh akhir.
Penjaga gol Yokohama, Park Il-kyu, gagal menangkap kemas rembatan Marcelo Brozovic, membolehkan Ronaldo merembat masuk dari jarak dekat, sekaligus mencatat gol ke-33 musim ini dalam semua pertandingan.
Duran menambah gol kedua peribadinya dan keempat buat Al-Nassr empat minit selepas separuh masa kedua bermula, sebelum Anderson Lopes meraih gol saguhati buat Yokohama, juara Jepun lima kali itu.
Sementara itu, pesaing Al-Nassr dari Liga Pro Saudi, Al-Ahli, menewaskan Buriram United dari Thailand 3-0. Kemenangan awal dicipta seawal empat minit permainan apabila bekas bintang Manchester City, Riyad Mahrez, meledak gol menerusi rembatan rendah.
Dua minit kemudian, pemain sayap Brazil, Galeno, menambah gol kedua sebelum Roberto Firmino melengkapkan kemenangan.
Al-Ahli yang pernah dua kali mara ke final, bakal bertemu Al-Hilal, juara empat kali, dalam pertembungan separuh akhir sesama kelab Arab Saudi pada Selasa ini.
Pada Jumaat, Al-Hilal membelasah Gwangju 7-0 dengan tujuh pemain berbeza menyumbat gol.
Selepas prestasi kurang memberangsangkan dalam saingan domestik, jurulatih Al-Hilal, Jorge Jesus, menyatakan rasa puas hati terhadap prestasi pasukannya.
"Kami berdepan tekanan dalam Liga Pro Saudi, namun pemain menunjukkan fokus yang tinggi," kata Jesus.
"Tanpa komitmen, kami tidak mungkin mencapai keputusan ini. Saya percaya kami kini berada di landasan yang betul, mencipta suasana positif untuk semua yang terlibat - pemain dan barisan kejurulatihan." - Agensi
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#AFC Champions League Elite
#Al-Nassr
#Yokohama F Marinos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan