awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ronaldo kini lebih beri tumpuan untuk membesarkan punggungnya! - Graeme Souness

Israr Khalid
Israr Khalid
21/05/2018
15:56 MYT
Ronaldo kini lebih beri tumpuan untuk membesarkan punggungnya! - Graeme Souness
Ronaldo dikatakan lebih banyak menghabiskan masa membesarkan punggungnya sekarang, asyik mengadu yang dia sering dikasari, dan banyak bermain di bahagian sayap. - Gambar fail
LEGENDA Liverpool, Graeme Souness yakin bahawa ayam tambatan Real Madrid, Cristiano Ronaldo bukan lagi ancaman hebat seperti dahulu.
Kata pemenang tiga kali Piala Eropah itu, Ronaldo sudah melepasi zaman kegemilangannya dan Liverpool tidak perlu takut dengan reputasi pemenang lima kali Ballon D’Or itu dalam pertembungan di pentas final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 25 Mei ini.
“Dia lebih banyak habiskan masa membesarkan punggungnya sekarang, asyik mengadu yang dia sering dikasari, dan banyak bermain di bahagian sayap.
“Dia masih mampu melakukan perkara menakjubkan, tetapi, seperti juga Real, tidak lagi sehebat seperti 12 bulan yang lepas,” kata Souness kepada The Times.
Ronaldo telah meledak 26 gol daripada 27 keseluruhan perlawanan La Liga musim ini, itu pun merupakan rekod paling buruk pernah dicatatnya sejak menyertai Los Blancos pada 2009.
Bagaimanapun, ‘Mr. Champions League’ ini tidak mendapat gelaran itu dengan tidak bersebab. Musim ini, sensasi Portugal ini telah meledak 15 jaringan daripada 12 perlawanan, biarpun gagal menemui jaringan ketika bertemu Bayern Munich di peringkat separuh akhir.
Sekiranya Ronaldo meledak hatrik bertemu The Reds di Kiev nanti, dia akan memecahkan rekod jaringan terbanyak dalam semusim UCL yang dipegangnya iaitu 17 gol yang dilakar ketika musim 2013/14.
Ronaldo akan mencuba sedaya upaya untuk menjulang gelaran Eropah keempat secara peribadi, tiga daripadanya bersama Real. Sementara Real dalam usaha mengekalkan gelaran yang digenggam sejak musim 2015/16, cubaan untuk menyamai rekod dilakar Bayern yang merajai bola sepak Eropah sekitar 1974 hingga 1976.
Liverpool pula sedang bangkit di bawah kendalian Jurgen Klopp dan cuba merampas penguasaan Real di Eropah untuk gelaran mereka yang keenam, kali terakhir dimenangi penuh dramatik di Istanbul menundukkan AC Milan.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Cristiano Ronaldo
#Graeme Souness
#Liga Juara-Juara Eropah
#Liverpool
#Real Madrid
#UCL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan