awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ronaldo tidak pernah lihat Messi sebagai seteru

Astro Arena
Astro Arena
09/12/2020
05:15 MYT
Ronaldo tidak pernah lihat Messi sebagai seteru
Cristiano Ronaldo (kiri) beraksi bersama Lionel Messi dalam perlawanan UCL Kumpulan G antara FC Barcelona dan Juventus di Camp Nou, Barcelona, Sepanyol, 8 Dis, 2020. REUTERS
CRISTIANO Ronaldo menegaskan dia tidak pernah melihat Lionel Messi sebagai musuh selepas Juventus mengatasi Barcelona dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL).
Ronaldo menyempurnakan dua penalit dan satu rembatan voli daripada Weston McKennie, di mana Juve menang 3-0 dan mengungguli Kumpulan G.
Messi melakukan 11 percubaan, tujuh daripadanya menepati sasaran, tetapi Barca rebah ketika berdepan Ronaldo -- yang membintangi Real Madrid selama sembilan musim -- sekali lagi.
Ronaldo, yang berkongsi pelukan singkat dengan Messi sebelum pertembungan, mengatakan tidak ada persaingan antara dua pemain hebat sepanjang masa itu.
"Saya selalu mempunyai hubungan mesra dengannya," kata bintang Juve itu kepada Movistar+.
"Saya berkongsi upacara pemberian 12, 13 atau 14 tahun dengannya. Saya tidak pernah melihatnya sebagai saingan.
"Dia selalu berusaha melakukan yang terbaik untuk pasukannya dan saya juga. Saya selalu akrab dengannya.
"Tetapi kita tahu bahawa dalam bola sepak, untuk akhbar, untuk pertunjukan, persaingan dicari, tetapi saya selalu baik dengannya. Saya melihatnya seperti biasa."
Always great to return to Spain and to Catalunya, always hard to play in Camp Nou against one of the best teams I ever faced. Today we were a team of Champions! A true, strong and united family! Playing like this, we have nothing to fear until the end of the season... Lets go! pic.twitter.com/PivPpJ3SLh
— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) December 8, 2020
Sejak musim 2003-04, tujuh percubaan tepat Messi merupakan paling banyak dilakukan oleh seorang pemain dalam satu perlawanan tanpa menjaringkan gol. BIlangan keseluruhannya (11) merupakan paling banyak tanpa menjaringkan gol.
Tetapi Ronaldo meledak gol pertama ke atas Barca dalam saingan UCL (penampilan keenamnya) dan yang ke-133 dan 134 dalam pertandingan tersebut.
"Barcelona sedang melalui masa yang sulit, tetapi masih Barcelona," kata Ronaldo.
"Sejujurnya adalah kami sangat gembira, kami tahu itu adalah misi yang hampir mustahil, ini adalah misi yang rumit dan kami bermain dengan baik.
"Kuncinya adalah untuk masuk ke permainan dengan baik, kami menjaringkan dua gol awal dan daripada saat itu kami yakin mampu menang."
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#Lionel Messi
#UCL
#musuh
#barcelona
#Juventus
#peluk
#persaingan
#hubungan mesra
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan