awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rudiger dihukum gantung enam perlawanan pada hari jalani pembedahan

Astro Arena
Astro Arena
30/04/2025
06:00 MYT
Rudiger dihukum gantung enam perlawanan pada hari jalani pembedahan
Penggantungan diumumkan pada hari yang sama Rudiger menjalani pembedahan lutut bagi merawat kecederaan yang telah dialaminya. - Stadium Astro
Pertahanan Real Madrid, Antonio Rudiger, digantung enam perlawanan oleh FA Sepanyol gara-gara kelakuannya sewaktu kekalahan kepada Barcelona dalam Final Copa del Rey hujung minggu lalu.

Ringkasan AI
  • FA Sepanyol menjatuhkan hukuman penggantungan enam perlawanan kepada Antonio Rudiger susulan kelakuannya dalam kekalahan Real Madrid kepada Barcelona dalam Final Copa del Rey.
  • Rudiger, bersama Lucas Vazquez dan Jude Bellingham, dilayangkan kad merah dalam perlawanan tersebut, dengan Rudiger bertindak agresif selepas faul terhadap Kylian Mbappe.
  • Penggantungan diumumkan pada hari yang sama Rudiger menjalani pembedahan lutut bagi merawat kecederaan yang telah dialaminya selama tujuh bulan.

Rudiger dilayangkan kad merah dalam aksi final berkenaan, yang dimenangi Barca 3-2 dalam masa tambahan, bersama dua rakan sepasukannya, Lucas Vazquez dan Jude Bellingham.
Pertahanan itu dilayangkan kad merah gara-gara reaksi agresif yang ditunjukkannya terhadap faul yang dikenakan ke atas Kylian Mbappe, tidak lama selepas Jules Kounde menjaringkan gol kemenangan Barca. Iklan
Rudiger kemudian memohon maaf atas kelakuannya manakala Vazquez menerima penggantungan dua perlawanan dan Bellingham, yang menerima kad merah selepas wisel penamat kerana membantah pengadil, tidak dikenakan sebarang penggantungan.
After I have played more than seven month with severe pain, it was unfortunately unavoidable that I had to undergo a meniscus surgery. Now I'm finally pain-free again, and the surgery was a success. Thanks to the medical team. I want to be able to play again as soon as pic.twitter.com/HhrFD3Io1u
— Antonio Rüdiger (@ToniRuediger) April 29, 2025
Penggantungan Rudiger diumumkan pada hari yang sama pemain Jerman itu menjalani pembedahan lutut bagi memulihkan kecederaan jangka panjang yang dialaminya sejak tujuh bulan lalu. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Antonio Rudiger
#pertahanan Real Madrid
#digantung enam perlawanan
#kekalahan kepada Barcelona
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan