awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah kapten bola sepak Pahang ditembak

Bernama
Bernama
11/03/2015
05:22 MYT
Rumah kapten bola sepak Pahang ditembak
Lima das tembakan dilepaskan ke arah rumah kapten pasukan bola sepak Pahang, Mohd Razman Roslan, di Kuantan tengah malam tadi.
Lima das tembakan dilepaskan ke arah rumah kapten pasukan bola sepak Pahang, Mohd Razman Roslan, di Lorong Kubang Buaya 35 di sini tengah malam tadi, mengakibatkan pecah cermin belakang kenderaan pelbagai guna Toyota Vellfire miliknya yang diletakkan di hadapan rumah.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Mohd Zakaria Ahmad, dalam kejadian pada 12.30 tengah malam itu, kapten skuad Tok Gajah berusia 31 tahun itu dilaporkan sedang berehat bersama anggota keluarganya sebelum dikejutkan dengan bunyi tembakan yang dilepaskan secara rambang.
Beliau berkata sejurus selepas mendengar bunyi tembakan, Razman bergegas keluar rumah dan mendapati cermin kenderaan miliknya itu pecah akibat terkena tembakan.
"Bagaimanapun tiada anggota keluarganya yang tercedera dalam kejadian tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata Razman kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan gerakan bagi mengesan pihak yang terlibat dalam kejadian itu telahpun dijalankan.
Katanya motif kejadian juga masih disiasat dan masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian berhubung kejadian itu.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Mohd Razman Roslan
#Pahang
#tembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan