Dua atlet negara, Russel Alexander Nasir Taib dan Muhammad Aqil Yasmin tidak dibenarkan bertanding pada acara 200 meter (m) pada Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Napoli, Itali, tanpa alasan yang tidak dketahui, pada Rabu.
Russel, pemegang rekod 200m negara, beralih ke media sosial Facebook untuk memohon maaf kepada keluarga, rakan-rakan dan peminatnya, selepas tidak dibenarkan masuk ke bilik panggilan kerana namanya tidak dalam senarai permulaan.
"Saya tidak dapat menjelaskan alasan teknikal di sebalik insiden ini kerana masih tidak jelas mengenai keputusan itu. Oleh itu saya akan menahan diri daripada membuat kenyataan yang salah tetapi boleh mengatakan kedua-dua nama saya dan rakan senegara saya tiada dalam senarai mula untuk acara saringan 200m.
"Sejak jam 8 malam tadi (2 pagi waktu Malaysia), saya cuba mencari sebab nama saya tidak dalam senarai mula dan cuba membetulkan sebarang kesilapan yang telah dibuat. Bagaimanapun, ketika masuk ke bilik panggil pagi ini, saya dilarang masuk ke trek utama untuk bertanding kerana nama saya tidak tersenarai.
"Nota: Saya tidak membuat sebarang andaian buat masa ini mengenai siapa yang buat silap," katanya dalan hantaran di Facebooknya.
Katanya, beliau berusaha keras untuk ke pertandingan tersebut dan apabila insiden ini berlaku, ia amat mengecewakan.
"Saya memohon maaf kepada pihak yang membantu untuk saya ke pertandingan ini (keluarga, kumpulan latihan dan jurulatih) kerana tidak dapat mewakili mereka serta negara dan mengecewakan penyokong olahraga Malaysia," katanya.
"Saya menyasarkan pertandingan ini lebih 12 bulan dengan memperbaiki catatan masa terbaik semusim 22.0 saat (s) pada awal 2018 sehingga catatan kini 20.77s untuk acara ini (masa kelayakan 20.97s)," katanya atlet berusia 21 tahun itu.
Berikutan kejadian itu, Russel dan Muhammad Aqil kini berlatih untuk acara 4x100m bersama juara 100m Sukan SEA 2017, Khairul Hafiz Jantan dan Jonathan Nyepa, Jumaat ini.
Russel, pemenang pingat gangsa Kejohanan Remaja Asia 2015 yang kini berpangkalan di Queensland, Australia, mencatat rekod kebangsaan 200m selepas melakukan catatan 20.77s ketika meraih pingat perak kejohanan Trek Klasik Queensland, Australia, 23 Mac lalu.
Masa tersebut memadam rekod milik Khairul Hafiz Jantan, 20.90s yang dilakukan pada Terbuka Malaysia 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2019
Russel bagaimanapun berkata, dia tidak membuat sebarang andaian buat masa ini mengenai siapa yang buat silap. - Facebook Russel Alexander Nasir Taib
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Paralimpik Paris 2024: Anwar ucap selamat maju jaya
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada semua atlet paralimpik negara yang akan meneruskan misi memburu emas pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Formasi dron, pancaran laser warnai perasmian gilang-gemilang SUKMA 2024
Orang ramai mulai membanjiri stadium seawal 5 petang bagi bersama-sama menyaksikan pembukaan temasya dwitahunan kebangsaan itu.
'Meletakkan orang yang betul dalam kedudukan yang betul' - Hannah
Hannah mahu memperkemaskan struktur dalam barisan kepimpinan sukan menerusi pendekatan meletakkan orang yang betul dalam kedudukan yang betul.
Pembukaan Olimpik 2024: Koleksi 'The Malaya' Rizman Ruzaini bakal jadi tumpuan di Paris
THE Malaya, hasil cetusan ilham yang dihasilkan pereka fesyen tanah air, Rizman Ruzaini untuk atlet Malaysia di upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024 bakal menjadi tumpuan dunia pada 27 Julai ini.
Olimpik 2024: Tahap kesedaran doping tinggi dalam kalangan atlet ke Paris - Adam Adli
MSN dan ISN sentiasa memastikan 26 atlet negara ke temasya sukan itu bebas daripada penggunaan bahan larangan sehingga gagal ujian doping.
Henti sebarkan perkara tidak rasmi berkaitan atlet Malaysia ke Olimpik Paris 2024 - Hannah
Ia bagi membolehkan atlet berada dalam keadaan fokus kepada persediaan mereka dan pada masa sama menjaga kesihatan mental 26 atlet negara.
Johnathan tekad lakukan yang terbaik pada penampilan kedua di pentas Olimpik
Johnathan Wong sifatkan persediaannya berada di tahap terbaik untuk memastikan dirinya mampu menghasilkan keputusan positif.
Sukan Olimpik: Hoe Yean, Rouxin peroleh tiket 'wild card' ke Paris
Dua perenang negara Steve Khiew Hoe Yean dan Tan Rouxin menjadi atlet terbaharu negara yang bakal beraksi pada temasya Olimpik Paris 2024.
Sukan Olimpik: Ashley Lau atlet ke-22 negara layak ke Paris 2024
Pemain golf wanita profesional negara, Ashley Lau Jen Wen akan membuat penampilan sulung dalam edisi kali ini.
Olimpik Paris: MOM letak harapan lima jenis sukan mampu buahkan pingat emas
Lima sukan itu ialah badminton, berbasikal, terjun, memanah dan sukan perahu layar, yang mempunyai peluang cerah untuk menyumbang pingat kepada kontinjen negara.