awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Arema FC didenda RM75,950

Astro Awani
Astro Awani
04/10/2022
21:30 MYT
Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Arema FC didenda RM75,950
Pemain Arema FC menabur bunga di luar Stadium Kanjuruhan bagi memperingati mangsa. - Foto fail/Kompas
PASUKAN bola sepak Arema FC didenda 250 juta rupiah (RM75,950) oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) susulan tragedi berdarah di Stadium Kanjuruhan, Malang.
Pasukan itu juga dilarang mengadakan sebarang perlawanan di bandar itu.
Sementara itu dua pegawai Arema FC digantung seumur hidup dan dilarang melakukan apa juga aktiviti berkaitan bola sepak seumur hidup.
Ia melibatkan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Arema, Abdul Haris dan seorang lagi pegawai yang bertanggungjawab terhadap perkara berkaitan keselamatan.
Tragedi pada Sabtu itu berlaku selepas pasukan Arema FC tewas 3-2 kepada Persebaya Surabaya, mencetuskan kemarahan penyokongnya yang memasuki padang untuk bersemuka dengan pemain dan pegawai pasukan itu selepas perlawanan tamat.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Rusuhan Stadium Kanjuruhan kejadian kedua terburuk dalam sejarah dunia
Bagaimanapun, keadaan bertambah tegang dengan pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata yang menyebabkan ribuan penyokong atas padang berasak-asak untuk keluar stadium melalui satu pintu sehingga berlaku rempuhan. Tidak kurang daripada 323 orang turut cedera.
Pihak keselamatan berdepan tekanan susulan penggunaan gas pemedih mata di dalam kawasan tertutup sekaligus menyalahi garis panduan stadium yang ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Topic Berkaitan
#arema fc
#denda
#Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia
#rusuhan Stadium Kanjuruhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan