awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RWC 2019: England belasah Tonga 35-3

Fareez Azman
Fareez Azman
22/09/2019
13:30 MYT
RWC 2019: England belasah Tonga 35-3
England tewaskan Tonga 35-3 dalam perlawanan Kejohanan Piala Dunia Ragbi 2019 di Stadium Sapporo - Foto Twitter @rugbyworldcup
Pasukan ranking ketiga dunia England berjaya menumpaskan pasukan tangga ke 15 Tonga dengan kemenangan selesa 35 berbalas tiga dalam perlawanan di Sapporo Dome pada petang Sabtu.
Aksi separuh masa pertama menyaksikan pasukan England berjaya meraih tiga mata apabila dihadiahkan penalti pada minit ke-10 yang disempurnakan Owen Farell.
Pasukan Tonga bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan dengan tendangan penalti Sonatane Takulua pada minit ke-14.
England seolah-olah menghukum Tonga apabila menjarakkan kedudukan dengan dua 'try' pada minit ke-23 dan-30 menerusi Manu Tuilagi.
Owen Farrell sekali lagi berjaya menambah dua lagi mata menerusi conversion pada minit ke-32.
Hanya empat minit berselang Owen sekali lagi menyempurnakan tendangan penalti yang dihadiahkan kepada England.
Separuh masa kedua kebangkitan Tonga seakan akan disekat apabila England terus menjarakkan kedudukan dengan tiga mata menerusi tendangan penalti buat kali ketiga yang disempurnakan Owen Farrell.
Jamie George menambah lima lagi mata buat England dengan percubaan pada minit ke-56, dan dua lagi mata menerusi 'conversion' dari Ferrell.
England kemudian berjaya meraih tujuh lagi mata menerusi 'try' pada minit ke-76 dan 'conversion' yang disempurnakan sekali lagi oleh Ferrell pada minit ke-77.
England bakal berdepan pasukan ranking ke-13 Amerika Syarikat di Stadium Kobe pada 26 September depan.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#England
#Jepun
#Kobe
#perlawanan
#Piala Dunia
#Ragbi
#Rangking
#Rugby
#RWC 2019
#Sapporo
#Tonga
#World Cup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan