awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Izara Aishah hamil cahaya mata ketiga
“Adakah kamu syaitan itu sendiri?” - Epstein disoal dalam rakaman temu bual baharu didedahkan
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin

Bernama
Bernama
22/11/2024
08:36 MYT
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Pada Khamis (21 Nov), Ong mengumumkan untuk tidak lagi bersama pasukan itu apabila kontraknya berakhir hujung bulan ini. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Sabah FC akan mencari pengganti sementara Datuk Ong Kim Swee secepat mungkin berikutan keputusan bekas pengendali Harimau Malaya itu untuk tidak menyambung kontraknya sebagai Ketua Jurulatih kelab itu yang berakhir 30 Nov ini.
Pengurus Besar Sabah FC Mohd Joh Wid berkata ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
"Bagi pihak pengurusan Sabah FC, kami menerima permohonan Ong untuk tidak menyambung kontraknya sebagai Ketua Jurulatih bersama kelab. Permohonan ini telah dipertimbangkan dengan rasa hormat terhadap keputusan beliau," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau berkata Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) bersama Sabah FC sebelum ini bersetuju melanjutkan kontrak Ong hingga hujung musim 2024/2025 berikutan prestasi memberangsangkan Sang Badak.
"Prestasi Sabah FC melonjak ke kedudukan tiga terbaik Liga Super selain beliau berjaya membawa pasukan ke saingan Piala AFC pada tahun lepas," katanya.
Semalam, Ong mengumumkan untuk tidak lagi bersama pasukan itu apabila kontraknya berakhir hujung bulan ini dengan aksi pertama pusingan 16 saingan Piala Malaysia menentang PT Athtelic FC esok merupakan perlawanan terakhir beliau selaku pengendali Sabah FC.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah FC
#pengganti sementara
#jurulatih
#Ong Kim Swee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan