awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
17,000 tan sisa makanan dibazirkan setiap hari, tindakan tegas diperlukan
Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus berkurangan
Pembantu kedai perkakasan rugi lebih RM50,000 ditipu sindiket tawaran hadiah wang tunai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah FC ikat penyerang import baharu dari Brazil

Bernama
Bernama
20/08/2024
23:50 MYT
Sabah FC ikat penyerang import baharu dari Brazil
Semasa bersama kelab Viettel FC dari Mac hingga bulan lepas, Duarte sempat bermain 12 perlawanan dan menyumbang dua gol untuk pasukan berkenaan dalam saingan Liga Vietnam. - Foto Sabah FC
KOTA KINABALU: Sabah FC memperkuatkan lagi barisan serangan mereka dalam menghadapi baki saingan Liga Super musim ini dengan mengikat khidmat penyerang import baharu dari Brazil.
Sabah FC dalam kenyataan semalam memaklumkan Joao Pedro Boeira Duarte, 24, mengikat kontrak selama sembilan bulan bermula 15 Ogos lepas hingga 30 April tahun depan.
Duarte dibawa masuk bagi mengisi slot perpindahan kedua Liga Malaysia musim 2024 / 2025 selepas menamatkan kontrak bersama Viettel FC (Vietnam) bulan lepas.
"Kehadiran pemain import berkenaan diharap dapat membantu jentera serangan Sabah FC selepas Ramon Machado memilih untuk menamatkan kontrak lebih awal bersama Sabah FC," menurut kenyataan kelab itu.
Semasa bersama kelab Viettel FC dari Mac hingga bulan lepas, penyerang berketinggian 185 sentimeter itu sempat bermain 12 perlawanan dan menyumbang dua gol untuk pasukan berkenaan dalam saingan Liga Vietnam.
-- BERNAMA
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Topic Berkaitan
#Sabah FC
#Joao Pedro Boeira Duarte
#Liga Super
#pemain import
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan