KUALA LUMPUR: Sabah FC akan mengiringi naib juara Liga Super Terengganu FC, beraksi pada saingan kejohanan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) musim hadapan susulan kekalahan Selangor FC di pentas final Piala Malaysia 2022 semalam.
Ia berdasarkan peraturan ditetapkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) iaitu, jika juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia adalah kelab yang sama, atau Piala Malaysia dimenangi pasukan naib juara Liga Super, maka slot kedua ke Piala AFC akan diberikan kepada pasukan di tempat ketiga Liga Super.
Skuad Sang Badak bimbingan Datuk Ong Kim Swee, sebelum ini menamatkan saingan Liga Super musim ini di tangga ketiga dengan mengumpul keseluruhan 42 mata daripada 22 perlawanan.
Walaupun terpaksa mengharapkan Selangor tewas untuk menyambar tiket ke pentas Asia, Kim Swee tetap berbangga dengan pencapaian dilakar anak buahnya itu, walaupun hanya bersama untuk tempoh yang agak singkat.
"Ini satu pencapaian yang amat baik bagi saya, walaupun kita baru bersama hanya hampir setahun tetapi para pemain menunjukkan prestasi yang cukup membanggakan, walaupun berakhir di tangga ketiga Liga Super tetapi yang penting kita layak seperti mana kita inginkan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan berusia 51 tahun yang dilantik sebagai pengendali Sabah pada penghujung musim lepas itu, berkata beraksi di pentas Asia semestinya akan memberi lebih pengalaman dan pendedahan kepada para pemain Sabah.
Pencapaian layak beraksi di Piala AFC adalah julung kali buat Sabah sejak penswastaan kelab itu pada 2020, namun Sabah FA pernah menyertai Asian Cup Winners' Cup pada musim 1995-1996, sebelum saingan itu dimansuhkan pada 2002. Ketika itu, Kim Swee merupakan pemain Sabah.
Pada final Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Nasional di Bukit Jalil semalam, Selangor FC tewas 1-2 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT), yang menyaksikan skuad Harimau Selatan melakar kejayaan "treble" susulan memenangi Piala FA dan Liga Super musim ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 27 2022

Kim Swee berbangga dengan pencapaian dilakar anak buahnya itu, walaupun hanya bersama untuk tempoh yang agak singkat. - Gambar fail

CSM sasar kutipan dana RM1.3 juta untuk Misi Ramadan ke-10 ke Syria dan Turkiye
CSM mensasarkan kutipan dana sebanyak RM1.3 juta bagi Misi Ramadan ke-10 CSM ke bumi Syria dan Turkiye.

11 terbunuh rempuhan di pusat agihan makanan
Suasana pilu menyelebungi pengebumian seorang remaja lelaki 14 tahun yang terbunuh dalam rempuhan di pusat agihan makanan dan wang tunai.

"Belajar banyak perkara baharu lepas kahwin" - Neelofa
Doa orang ramai juga banyak mengiringi perjalanan Neelofa dan suami dalam mengendali bahtera perkahwinan.

Tiga pesakit pulih penglihatan ihsan Allahyarham Finno Joitol
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit.

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

10 rumah musnah dalam kebakaran di Labuan
Sebanyak 10 rumah terbakar 100 peratus dan terdapat dua rumah turut terjejas.

Sultan Nazrin berkenan berbuka puasa bersama media, terima zakat perniagaan RM1.64 juta
Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan untuk diserahkan kepada MAIPk daripada lima syarikat korporat berjumlah RM1.64 juta.

Pelaburan China pacu Malaysia ke tahap lebih tinggi - Penganalisis
Pelaburan baharu ini akan mendorong penciptaan pekerjaan yang meluas membabitkan graduan yang sedang bergelut untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang setimpal.

Impian Hannah Yeoh jadi penyampai berita tercapai
Yeoh yang membuat penampilan sebanyak dua kali dalam segmen Stadium RTM akan kembali bersiaran hari ini. (2 April).

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah - Fadhlina
Bagaimanapun, mereka perlu melakukan permohonan dan mematuhi tatacara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4 Tahun 2023.

JDT terus gah di persada liga
Arif Aiman membuka jaringan pada minit ke-20 apabila bijak menggelecek ke dalam kotak penalti sebelum menewaskan penjaga gol Sabah.

JDT yakin terus dominasi, perhitungan 'Raja Lembah Klang' KL-Selangor
SELEPAS lebih seminggu Liga Super berehat, minggu ini saingan kembali dengan menampilkan susunan perlawanan mengagumkan.

Tindakan gantung pengadil, langkah proaktif FAM
Tindakan penggantungan ke atas pengadil yang mengadili aksi Liga Super antara Sabah FC dan Penang FC Jumaat lepas, disifatkan satu langkah proaktif diambil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Liga Super: Sabah ikat Sri Pahang, Selangor tewaskan Penang
Sabah FC dan Sri Pahang FC masing-masing akur berkongsi satu mata selepas terikat 1-1 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur di Kuantan, malam ini.

Liga Super: Sensasi Saddil pastikan Sabah berpesta gol ke atas PDRM
Sabah FC membuka kempen Liga Super 2023 dengan penuh bergaya apabila mencatatkan kemenangan besar 4-0 ke atas PDRM FC di Stadium Likas sebentar tadi.

Sabah mahu tambah pemain import lagi
Beliau akan berbincang dengan pengurusan Sabah FC memohon kelulusan menambah keperluan slot pemain import dalam tempoh terdekat.

Kim Swee uji kemampuan tiga import baharu di Thailand
Kim swee berkata, kesebelasan utamanya akan berangkat ke Bangkok pada 27 Januari ini, bagi melayani kunjungan kelab dari Korea, Thailand dan Denmark.

Barisan pemain Sabah FC ditambah baik hadapi Piala AFC
Semua pemain Sabah FC akan dinilai semula sebelum senarai akhir skuad itu dibuat untuk menghadapi saingan musim hadapan, termasuk Liga Malaysia dan Piala AFC.

Sabah FC sambar tiket ke pentas Asia
Sabah FC akan mengiringi naib juara Liga Super Terengganu FC, beraksi pada saingan kejohanan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) musim hadapan.

Sabah sambar slot ke Piala AFC 2023
Sekiranya juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia kelab yang sama, slot kedua Piala AFC diberi kepada pasukan ketiga Liga Super.