LIVERPOOL 0 SOUTHAMPTON 1
(Southampton layak menerusi agregat 2-0)
Jurgen Klopp berang dengan pengadil perlawanan, Martin Atkinson, ekoran kegagalan beliau untuk menghadiahkan sepakan penalti kepada Liverpool selepas bola jelas terkena tangan Shane Long yang menyaksikan The Reds tersingkir dalam saingan separuh akhir Piala Liga Inggeris (EFL) kepada Southampton, awal pagi tadi.
Long menjaringkan gol kemenangan di lewat permainan pertemuan kedua di Anfield yang memastikan Southampton mara menerusi agregat 2-0 untuk beraksi di Wembley berdepan sama ada Manchester United atau Hull City.
Pengurus Liverpool, Klopp, mengakui pasukan bimbingannya perlu memanfaatkan peluang yang terhidang, bagaimanapun dia berasakan Atkinson telah membuat keputusan salah dengan tidak mengurniakan sepakan penalti selepas bola mengenai tangan Long.
Pengurus dari Jerman itu gagal berselindung dengan perasaan marahnya kerana ini bukan kali pertama pasukannya dinafikan hak mereka disebabkan oleh kelemahan pengadil musim ini.
"Pengadil gagal mengesan bola terkena tangan Long dan ia tidak membantu dalam perlawanan seperti ini.
"Kalau kami dapat dengar wisel pengadil adalah lebih bagus. Saya tidak terkira lagi berapa kali perkara ini telah berlaku musim ini," kata Klopp kepada BBC Sport.
"Ketika berdepan Manchester United, kami dibolosi dengan gol yang jelas ofsaid (yang dijaringkan oleh Zlatan Ibrahimovic). Tiada siapa yang membuka mulut.
"Malam ini, kami tidak diberi sepakan penalti, tiada siapa yang membuka mulut."
Berkenaan kemenangan Southampton dan tindakan penyudah Liverpool, tambah Klopp lagi: "Mereka memenangi kedua-dua perlawanan, mereka berhak.
"Kami beraksi baik. Kami gagal mencipta lebih banyak peluang sepertimana semasa separuh masa kedua, kami mendominasi.
"Adalah sukar kerana kami perlu mengambil risiko dan berdepan risiko besar melalui keupayaan mereka.
"Kami memiliki beberapa peluang dan tiada nasib. Tindakan (oleh Fraser Forster), ia adalah aksi menyelamat yang cemerlang tapi ia adalah faktor tuah.
"Kami ada tujuh peluang. Kami perlu menyumbat gol, kami gagal melakukannya dan kalah.
"Corak permainan tidak menjadi masalah kepada saya, namun bukan keputusannya."
Astro Arena
Thu Jan 26 2017
Southampton meraikan kemenangan selepas perlawanan. - Foto Reuters
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Piala EFL: Jurgen Klopp gembira Liverpool lolos walaupun perit
Jurgen Klopp memuji keinginan tinggi pemainnya selepas Liverpool menempah tempat ke suku akhir Piala Liga Inggeris (EFL).
Piala EFL: Man United makin hampir tamat kemarau gelaran
Rashford meledak dua gol untuk melengkapkan kemenangan United, selepas Antony memecah kebuntuan ketika berdepan Charlton Athletic.
EFL: Newcastle layak ke separuh akhir buat kali pertama sejak 1976
Newcastle perlu menunggu terlebih dahulu bagi undian separuh akhir.
Piala EFL: Sentuhan berbisa Jota bawa Liverpool ke final
Jota telah memberikan saingan sengit kepada Roberto Firmino untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.
Piala EFL: Laporte yakin City bakal julang lebih banyak gelaran
Laporte merupakan peledak gol kemenangan ke atas Tottenham di Wembley semalam, menanduk masuk jaringan tunggal hasil sepakan percuma Kevin De Bruyne pada minit ke-82.
Cadangan Liga Super Eropah satu gerakan menggertak UEFA - Shahrim Tamrin
Wartawan bebas sukan, Shahrim Tamrin melihat gerakan ini adalah tindak balas kepada kebobrokan yang sekian lama berlaku dalam badan induk bola sepak Eropah itu.
Liverpool diarah bayar 'pampasan tertinggi' untuk Harvey Elliott
Elliott menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama The Reds ketika berusia 17 tahun pada Julai 2020.
Tiada jalan mudah buat Tottenham, kata Jose Mourinho
Spurs di ambang kekalahan EPL ketiga berturut-turut buat pertama kalinya sejak November 2012 yang ketika itu di bawah kendalian Andre Villas-Boas.
Piala EFL: United, City bertemu di separuh akhir, Spurs raih jalan mudah
City menang 3-2 secara agregat ke atas United musim lalu, menang 3-1 di Old Trafford, di mana hanya satu perlawanan sahaja akan menentukan tempat ke final kali ini.
Piala EFL: Solskjaer akui Manchester United masih terkial-kial cari rentak
Smalling disisihkan daripada skuad United yang menundukkan Luton Town 3-0 dalam pusingan ketiga Piala Liga Inggeris (EFL), awal pagi tadi.