BUKAYO Saka sangat teruja dengan jaringannya memberikan Arsenal kemenangan 1-0 di tempat bertemu Bodo/Glimt dalam aksi Liga Europa untuk meneruskan permulaan kukuh musim ini.
Pergerakan cantik pada minit ke-24 memberikan Saka bola di dalam kotak dan, walaupun rembatan awalnya ditepis, ia kembali ke pemain berusia 21 tahun itu dan masuk ke gawang untuk meletakkan Gunners di hadapan.
Walaupun mereka mengalami tekanan berterusan pada babak kedua ketika tuan rumah berusaha memburu gol penyamaan, Arsenal bertahan untuk menjadikan 11 kemenangan daripada 12 dalam semua pertandingan untuk memulakan kempen dan meletakkan mereka dengan sembilan mata di puncak Kumpulan A.
Bodo telah memenangi 14 perlawanan di tempat sendiri berturut-turut dalam saingan Eropah sebelum kekalahan itu dan Saka mengetahui kerja keras diperlukan untuk menamatkan rekod itu.
"Ia sangat sukar, dan kami sudah menjangkakannya," kata Saka kepada BT Sport. "Tidak mungkin mereka boleh memenangi 14 perlawanan terakhir mereka di Eropah di sini dan kami akan datang ke sini dan ia akan menjadi mudah."
Ditanya mengenai jaringan kemenangan yang luar biasa, pemain antarabangsa England itu berkata, "Saya rasa ia terkena bibir saya!"
Bodo mempunyai banyak peluang untuk menyamakan kedudukan, dengan Amahl Pellegrino melepaskan peluang terhidang manakala Runar Espejord dan Ola Solbakken juga hampir mendapatkan jaringan.
Tetapi Saka hanya bersimpati sedikit terhadap juara Norway itu selepas perlawanan, berkongsi pengalaman sebelumnya apbila berdepan keputusan yang tidak adil memihak pasukannya.
"Ini bola sepak, jika anda tidak menjaringkan gol anda akan dihukum," tambah Saka. “Kami pernah mengalami perlawanan seperti itu dan kami telah meninggalkan perlawanan itu dengan perasaan yang agak sukar, tetapi anda dengan cepat bangkit dan memahami bahawa ini adalah bola sepak.
"Ia merupakan perlawanan sengit, sangat sukar. Saya rasa mereka bermain lebih baik berbanding kami untuk tempoh yang lama, terutamanya pada separuh masa kedua.
"Mereka bermain baik. Itulah sebabnya lebih bagus untuk kami meninggalkan sini dengan tiga mata kerana kami tahu betapa sukarnya di luar sana."
Astro Arena
Thu Oct 13 2022

Bukayo Saka meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama pasukannya ketika perlawanan Liga Europa kumpulan A antara Bodo/Glimt dan Arsenal di stadium Aspmyra, Bodo, Norway, 13 Okt 2022. (Foto AP)

KPKT salur peruntukan tambahan RM2 juta kepada PBT Perak
Sebanyak RM1 juta daripadanya diperuntuk kepada Majlis Bandaraya Ipoh bagi kerja-kerja pemasangan lampu jalan khususnya di kawasan perumahan.

Piala Malaysia: TFC, KL City berjaya ke separuh akhir
Terengganu FC akan menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada separuh akhir pertama pada 20 Okt ini dan separuh akhir kedua pada 3 Nov ini.
Tiga hos, Zamani, Ezad Lazim dan Nikki Palikat antara peserta Hot Seat
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Pendatang terus rentas sempadan Texas di sebalik kekangan
Pada Khamis lalu, kira-kira 900 pendatang menyeberangi sempadan Amerika Syarikat itu dan pada Jumaat, kira-kira 1,200 pendatang melakukan perkara sama.

Wee Ka Siong pertahan jawatan Presiden MCA
Datuk Seri Wee Ka Siong mempertahankan jawatan Presiden MCA untuk penggal kedua selepas keputusan rasmi pemilihan ahli jawatankuasa pusat parti itu diumumkan Setiausaha Agung Datuk Chong Sin Woon.
Hangzhou hadirkan persekitaran yang baik - Norza
Menurut Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria, Malaysia suka bertanding di China, bukan hanya kerana bandarnya kerana di Guangzhou sebelum ini, kontinjen negara juga merekodkan keputusan yang baik.
Dua bayi antara 35 terkorban kebakaran depot bahan api haram
Punca kebakaran sebuah depot bahan api haram di selatan Benin dekat dengan sempadan Nigeria mungkin berpunca dari bahan api yang diseludup.
Putus tunang, pemuda nekad kembali ke pangkal jalan
Paling membuatkan Saiful terkilan kerana mengkhianati kepercayaan bekas tunang dan bakal ibu mentuanya, yang disifatkan sangat baik baik kepadanya.
[TERKINI] Van bawa pelancong Singapura terbabas, seorang maut
Sebuah van persiaran yang membawa sembilan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam di Bukit Genting, Balik Pulau.
PM Anwar akan ketuai delegasi Malaysia ke APEC November ini
Selain mesyuarat pemimpin APEC, kalangan pemimpin ASEAN kecuali Myanmar, turut dipelawa bagi mesyuarat berasingan oleh Presiden AS Joe Biden, kata Anwar kepada media Malaysia di akhir kunjungan empat hari beliau ke New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-78.

Kalau tiada Manchester City, Arsenal boleh jadi juara EPL
Arsenal dijangka sekali lagi akan menjadi pencabar terkuat Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Saka pertahan gelaran pemain terbaik England
Pemilihan pemain itu dibuat oleh peminat sekali gus mengatasi dua lagi pemain iaitu Jude Bellingham dan penyerang Harry Kane.

Arsenal tambah derita Man United
Naib juara EPL musim lalu menerima kunjungan pasukan yang menduduki tempat ketiga susulan permulaan yang kurang memberangsangkan.

Perpindahan pemain tamat, pemain mana bakal menyerlah dalam EPL 2022/2023?
Seramai 153 pemain didaftarkan ke dalam EPL dengan semua kelab membelanjakan lebih daripada RM5.85 bilion atau 2 bilion pound British.

Mental pemain Arsenal tidak mudah 'koyak', kata Mikel Arteta
Tidak menjadi isu psikologi buat Arsenal biarpun dibolosi pada minit pertama perlawanan di tempat sendiri buat kali ketiga pada tahun ini ketika berentap dengan Fulham.

Arsenal mahu jual empat pemain
Mikel Arteta dilihat mahu menjual beberapa pemain bagi menambah dana untuk membeli muka-muka baharu bagi memantapkan skuad.

Piala Sumbangsih: Arteta manfaat peraturan baharu bawa Arsenal julang gelaran
Pengurus The Gunners, Arteta, dilayangkan kad kuning oleh pengadil, Stuart Attwell, kerana membangkang keputusannya.

Guardiola kecewa peraturan baharu masa kecederaan
Pep Guardiola mempersoalkan peraturan baharu masa kecederaan selepas Manchester City melepaskan gol pada minit ke-101 ketika tewas kepada Arsenal dalam aksi Perisai Komuniti.

Perisai Komuniti: Arsenal bukti keunggulan tumbangkan Manchester City dalam penentuan penalti
Kesilapan Manuel Akanje pada minit terakhir waktu kecederaan, mengheret perlawanan itu ke penentuan sepakan penalti.

Arsenal hilang khidmat Jesus lagi
Jesus terlepas sebahagian besar separuh masa kedua musim lalu selepas dia menjalani pembedahan lutut kanannya pada Disember.