awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salah sedia berhijrah jika Liverpool gagal layak ke UCL

Astro Arena
Astro Arena
27/02/2023
23:45 MYT
Salah sedia berhijrah jika Liverpool gagal layak ke UCL
Football Insider mendakwa, PSG berminat dengan Mohamed Salah (gambar) yang dikontrak dengan Liverpool sehingga pertengahan 2025, dan akan membida EURO80 juta untuk khidmatnya. - Gambar fail
SEKULASI mengenai masa depan Mohamed Salah di Liverpool telah kembali bertiup kencang di tengah-tengah musim The Reds yang kurang memberangsangkan.
Liverpool kelihatan ditakdirkan untuk tersingkir daripada pusingan 16 Liga Juara-Juara selepas tewas perlawanan pertama 5-2 di laman sendiri kepada Real Madrid, manakala mereka menghuni tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris.
The Reds ketinggalan sembilan mata daripada kedudukan empat tempat teratas liga untuk memperoleh kelayakan Liga Juara-Juara untuk musim seterusnya.
Mohamed Salah sanggup meninggalkan Liverpool jika gagal layak ke Liga Juara-Juara musim depan manakala The Reds terbuka untuk menjualnya, dakwa Fichajes.
Football Insider mendakwa Paris Saint-Germain berminat dengan pemain Mesir itu, yang dikontrak dengan Liverpool sehingga pertengahan 2025, dan akan membida EURO80 juta untuk khidmatnya.
Liverpool mungkin terbuka untuk menerima tawaran melepaskan khidmat Salah memandangkan banyak pilihan penyerang mereka ketika Jurgen Klopp ingin merombak skuadnya, dengan tujuan mereka mengejar tandatangan Jude Bellingham dari Borussia Dortmund, yang dijangka menelan belanja lebih daripada EURO 110 juta.
Topic Berkaitan
#Mohamed Salah
#Liverpool
#EPL
#UCL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan