awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salah tersenarai dalam skuad Mesir

Astro Arena
Astro Arena
04/06/2018
22:10 MYT
Salah tersenarai dalam skuad Mesir
Bintang Liverpool ini dijangka cergas untuk menyertai skuad kendalian Hector Cuper di Russia ketika dia terus menjalani proses pemulihan mengenai kecederaan yang dialami. - Gambar fail
MOHAMED Salah tersenarai dalam skuad Mesir bagi menghadapi Piala Dunia di sebalik kecederaan bahu yang membelenggunya.
Bintang Liverpool itu dijangka cergas untuk menyertai skuad kendalian Hector Cuper di Russia ketika dia terus menjalani proses pemulihan mengenai kecederaan yang dialami ketika tewas dalam aksi final Liga Juara-Juara (UCL) kepada Real Madrid.
Kecederaan itu memberikan kerisauan mengenai ketersediaan Salah untuk Mesir dalam penampilan pertama mereka sejak 1990 di Piala Dunia.
Penampilan penyerang Braga, Kouka turut memberikan kejutan, manakala pertahanan Karim Hafez dan Amro Tarek tidak tersenarai.
Kapten pasukan, Essam El-Hadary yang berusia 45 tahun bakal membuat penampilan sebagai pemain tertua di Russia nanti.
Diundi dalam Kumpulan A, Mesir berdepan Uruguay pada 15 Jun sebelum berdepan Russia dan Arab Saudi.
Mereka berkunjung ke Belgium bagi aksi persahabatan terakhir pada esok dengan harapan untuk menamatkan rentetan lima perlawanan tanpa kemenangan.
Skuad penuh Mesir:
Sherif Ekramy (Al-Ahly), Essam El-Hadary (Al-Taawoun), Mohamed El-Shenawy (Al-Ahly); Mohamed Abdel-Shafy (Al-Fateh), Ayman Ashraf (Al-Ahly), Ahmed Elmohamady (Aston Villa), Ahmed Fathi (Al- Ahly), Ali Gabr (West Brom), Omar Gaber (Los Angeles FC), Mahmoud Hamdy (Zamalek), Ahmed Hegazi (West Brom), Saad Samir (Al-Ahly); Mohamed Elneny (Arsenal), Abdallah Said (Al-Ahli), Shikabala (Al-Raed), Tarek Hamed (Zamalek), Trezeguet (Kasimpasa), Sam Morsy (Wigan Athletic), Ramadan Sobhi (Stoke City), Amr Warda (Atromitos); Marwan Mohsen (Al-Ahly), Kahraba (Al-Ittihad), Mohamed Salah (Liverpool).
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Essam El-Hadary
#kecederaan
#Liga Juara-Juara
#Liverpool
#Mesir
#Piala Dunia
#Real Madrid
#Russia
#UCL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan