Perlawanan akhir Piala Dunia 2014 bakal menyaksikan kehebatan dua kuasa besar bola sepak dunia iaitu Jerman dan Argentina Ahad ini.
Persoalannya sampai bila rakyat Malaysia sekadar menyarung jersi negara lain setiap kali berlangsungnya kejohanan berprestij dunia itu?
Beberapa atlet sukan negara yang beraksi di pentas dunia seperti sukan terjun, hoki dan bina badan berharap skuad bola sepak negara juga mampu beraksi di pentas Piala Dunia satu ketika nanti.
Ratu terjun negara Pandelela Rinong berkata sebagai seorang atlet beliau pasti berbangga sekiranya dapat menyarung jersi kebangsaan dan menyokong pasukan negara ketika menonton perlawanan Piala Dunia.
"Bukan hanya untuk sukan bola sepak tetapi juga untuk sukan lain," katanya ketika dihubungi Bernama.
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik London 2012 itu berkata mutu sukan bola sepak Malaysia semakin maju berbanding dengan dahulu dengan lahirnya lebih ramai bakat-bakat baharu yang sanggup berjuang dengan baik di padang.
"Tidak kira apa jenis sukan sama ada bola sepak ataupun sukan lain, hanya usaha yang gigih dan persembahan yang baik daripada atlet lain akan berikan kejayaan," katanya yang menyokong pasukan Argentina.
Turut berkongsi pandangan yang sama, bekas kapten hoki kebangsaan Azlan Misron berpendapat mutu skuad Harimau Malaya sebenarnya tidak seteruk mana seperti didakwa pengkritik sukan tempatan.
"Kita mempunyai barisan pemain yang berbakat namun untuk pergi jauh seperti layak ke Piala Dunia kita perlu mempunyai pemain yang mantap seperti bermain dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) terlebih dahulu," katanya.
Azlan berkata skuad Harimau Malaya mampu berdiri setanding dengan pasukan yang beraksi dalam EPL sekiranya mereka dapat menguasai teknik 'Simple Play' iaitu teknik yang sama diguna pakai oleh pasukan Jerman dalam cabaran Piala Dunia 2014 kali ini.
"Aplikasi teknik 'Simple Play' sudah lama diguna pakai oleh skuad hoki negara bagi memperkemaskan corak hantaran iaitu dengan teknik hantaran 'one-two' dan 'two-one'.
"Saya fikir teknik tersebut sesuai untuk dipraktikkan dalam sukan bola sepak walaupun sukan hoki berbeza dengan bola sepak," katanya.
Azlan turut meluahkan keyakinan bahawa jurulatih baharu skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh mampu membawa perubahan besar kepada sukan bola sepak negara pada masa hadapan.
Juara berganda bina badan Mr Universe Sazali Samad juga berharap bola sepak negara akan dapat beraksi di pentas Piala Dunia satu hari nanti.
"Sebenarnya saya tidak berapa mengikuti perkembangan bola sepak...tapi sebagai atlet saya hanya boleh beri sokongan dan kekuatan semangat buat semua pemain bola sepak untuk kemajuan bola sepak di Malaysia.
"Tidak ada yang mustahil satu hari nanti pasukan Harimau Malaya boleh sampai ke Piala Dunia," katanya yang menyokong pasukan Jerman pada Piala Dunia kali ini.
Mengambil contoh negara-negara Asia seperti Jepun, Korea Selatan dan Iran, Sazali berkata Malaysia perlu lebih bekerja keras seperti negera-negara berkenaan dan mencari formula baharu bagi menjamin kemajuan sukan negara.
Sementara itu, pengkritik sukan negara Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim menuding jari kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang disifatkan sebagai punca kegagalan sukan bola sepak berkembang ke peringkat lebih tinggi iaitu peringkat antarabangsa.
Katanya berkata pentadbiran yang bagus adalah apabila ahli jawatankuasanya merupakan individu yang faham dan pakar dalam sukan bola sepak.
"Tidak guna jika dalam sesebuah organisasi itu ada ramai ahlinya jika mereka sendiri tidak tahu main bola atau tahu pasal peraturan dalam bola sepak. Mereka harus mempunyai latar belakang bola sepak ataupun sekurang-kurangnya pernah bermain bola sepak.
"Macam mana mereka mahu mengendalikan sebuah pasukan profesional jika tidak faham atau pun hanya tahu perkara asas mengenai bola sepak," katanya.
Beliau berkata seperti Malaysia, pada era 70-an Brazil turut digeruni oleh pasukan bola sepak lain namun keadaan itu berbeza sekarang.
"Selaku tuan rumah, Brazil dimalukan di halaman sendiri. Ini boleh dikatakan kesilapan dalam pengurusan dan juga pemain itu sendiri. Bagi saya jika pentadbiran cekap dan mahir dalam menguruskan pasukan, perkara sebegini tidak mungkin terjadi," katanya.
Bernama
Sat Jul 12 2014
Beberapa atlet yang telah beraksi di pentas dunia berharap skuad bola sepak negara mampu ke Piala Dunia suatu hari nanti.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Hamidin buat keputusan tepat tidak pertahan jawatan Presiden FAM - Kamarul Ariffin
Keputusan Tan Sri Hamidin Mohd Amin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan adalah tepat.
UEFA, FIFA kekal haramkan Rusia sertai mana-mana pertandingan bola sepak dunia
Keputusan itu juga secara automatik menjadikan Rusia tidak akan menyertai kejohanan Piala Dunia 2026.
Ranking Harimau Malaya melonjak
Mengikut kiraan semasa tidak rasmi, Malaysia melonjak lima anak tangga daripada kedudukan 133 dunia ke kedudukan ke-128 dunia.
Tidak berdisiplin, FIFA beri Indonesia hukuman
Jawatankuasa Disiplin FIFA beri amaran bersama hukuman denda kepada Indonesia susulan tindakan tidak berdisiplin semasa aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.
Harimau Malaya jatuh satu anak tangga, kini ranking ke-133 dunia
HARIMAU Malaya turun satu anak tangga dari kedudukan 132 ke-133 dunia dalam kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis.
Nidzam puas hati tapi mahu kemenangan jadi satu kebiasaan buat Selangor
Ketua Jurulatih Selangor FC Nidzam Jamil berpuas hati dengan persembahan dan kedudukan pasukan bimbingannya dalam kesemua kejohanan sebelum jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 7-15 Okt ini.
FIFA sahkan Mats Deijl tidak layak wakili Harimau Malaya
FIFA mengesahkan bahawa pemain Go Ahead Eagles dari Belanda, Mats Deijl, tidak melepasi syarat kelayakan untuk menyertai Harimau Malaya.
80 perlawanan Liga Malaysia guna VAR - Sivasundaram
Sebanyak 80 perlawanan membabitkan aksi Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA, dan Challenge Cup bagi musim 2024-2025 telah menggunakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) setakat ini.