SUKAN
"Sangat menyesal" - Akui Luis Suarez usai digantung enam perlawanan

Suarez digantung sebanyak enam perlawanan selepas tindakannya meludah jurulatih Seatlle Sounder, Brian Schmetzer. - Stadium Astro
PEMAIN Inter Miami, Luis Suarez, digantung sebanyak enam perlawanan selepas tindakannya meludah jurulatih Seatlle Sounder, Brian Schmetzer, ketika pasukannya tewas 0-3 kepada Seattle Sounder dalam aksi final Piala Liga Inter Miami minggu lalu.
Ringkasan AI
- Penyerang Inter Miami, Luis Suarez, digantung enam perlawanan selepas meludah jurulatih Seattle Sounders, Brian Schmetzer, ketika final Piala Liga.
- Insiden bermula selepas Suarez meluru ke arah pemain muda Obed Vargas, mencetuskan pergaduhan melibatkan pemain dan staf kedua-dua pasukan.
- Suarez mengakui kesilapan dan memohon maaf melalui Instagram, menyatakan tindakannya tidak wajar dan menjejaskan imej dirinya serta kelab.
Pertembungan itu pantas memuncak hingga mencetus pergaduhan besar-besaran yang melibatkan pemain dan kakitangan dari kedua-dua belah pihak.
Ketika pegawai bergegas untuk memulihkan keadaan, kamera kelihatan memaparkan Suarez meludah ke arah jurulatih Seattle semasa berjalan meninggalkan Vargas.
"Sangat menyesal, perkara itu berlaku sejurus perlawanan tetapi itu tidak membenarkan reaksi (meludah) saya. Saya silap dan saya benar-benar menyesalinya.
"Ia bukan imej yang mahu saya gambarkan, tidak juga kepada keluarga saya, saya menderita kerana kesilapan saya mahupun kelab yang tidak sepatutnya terjejas oleh perkara ini.
"Saya berasa sedih dengan apa yang berlaku dan mengambil peluang ini untuk mengakui dan meminta maaf kepada semua pihak yang berasa buruk mengenai apa yang saya lakukan." katanya menerusi laman Instagram. -- Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami