awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak sasar kembali ke Liga Super tahun depan

Bernama
Bernama
28/01/2018
10:49 MYT
Sarawak sasar kembali ke Liga Super tahun depan
POSA MAJAIS: Kegagalan tahun lalu menjadi pengajaran untuk pasukan kembali bangkit.
Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) meletakkan sasaran untuk kembali beraksi dalam saingan Liga Super tahun depan selepas mempamerkan aksi mengecewakan sehingga tersingkir ke Liga Perdana tahun ini.
Presiden FAS Datuk Posa Majais berkata skuad Bujang Senang telah dibina semula dengan barisan pemain yang diyakini mampu membawa cabaran untuk mereka bangkit semula.
"Kegagalan tahun lalu menjadi pengajaran untuk pasukan kembali bangkit semula. Pemain yang terpilih dalam pasukan tahun ini dibentuk untuk membina semula keyakinan pasukan.
"Dalam masa yang sama kami memerlukan sokongan penyokong dan berharap mereka dapat hadir beramai-ramai ke stadium memberi semangat kepada pasukan," katanya dalam ucapan pada majlis memperkenalkan jersi baharu pasukan menggunakan jenama Starsport dan pemain di Mydin Petra Jaya di sini hari ini.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Pasukan Sarawak telah menggunakan jenama Starsport sejak 1994 akan menggunakan jersi berwarna putih bagi perlawanan di laman sendiri dan warna hijau bagi aksi di gelanggang lawan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#biola sepak
#FAS
#Liga Perdana
#Liga Super
#Posa Majais
#Sarawak
#skuad bujang senang
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan