awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak siap sedia jadi tuan rumah Piala Kriket Wanita T20 bawah 19

Bernama
Bernama
06/01/2025
20:45 MYT
Sarawak siap sedia jadi tuan rumah Piala Kriket Wanita T20 bawah 19
Tunku Imran (dua dari kiri) berkata, walaupun kriket satu sukan minoriti di Sarawak, pembangunan kriket di negeri itu telah diusahakan secara agresif oleh Persatuan Kriket Sarawak. - Gambar FB Karim Hamzah
KUCHING: Sarawak kini telah bersedia menjadi tuan rumah Piala Dunia Kriket T20 Wanita Bawah 19 Tahun Majlis Kriket Antarabangsa (ICC), yang dijadualkan berlangsung dari 18 hingga 28 Jan.
Penaung Persatuan Kriket Malaysia, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar berkata, kejohanan itu akan menjadi acara Piala Dunia kedua yang dianjurkan di Sarawak, selepas Kejohanan Piala Dunia Remaja FIFA 1997, yang diadakan di Kuching hampir 28 tahun lepas.
Beliau berkata, pusingan kelayakan Piala Dunia T20 Wanita ICC U19 di Kuching itu akan menampilkan pasukan dari New Zealand, Afrika Selatan, Nigeria dan Samoa.
"Sejumlah 10 daripada 42 perlawanan akan diadakan di Sarawak, yang kesemuanya disiarkan secara langsung ke lebih 180 negara melalui platform dan aplikasi rasmi Star Sports dan ICC," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.
Tunku Imran berkata, walaupun kriket satu sukan minoriti di Sarawak, pembangunan kriket di negeri itu telah diusahakan secara agresif oleh Persatuan Kriket Sarawak.
"Usaha ini baru-baru ini diserlahkan lagi dengan kemenangan pasukan kriket wanita Sarawak dalam MCA Women's T20 Interstate 2025, apabila mereka menewaskan Selangor dengan 44 larian di peringkat akhir.
"Usaha oleh Persatuan Kriket Sarawak dengan sokongan Majlis Sukan Negeri Sarawak dan Perbadanan Sukan Sarawak, dijangka memperluaskan lagi jangkauan kriket di seluruh bahagian Sarawak," kata beliau.
Tunku Imran berkata, trofi Piala Dunia T20 Wanita ICC U19 akan dipamerkan secara eksklusif esok di Wisma Bapa Malaysia di sini, bermula 8 pagi dan Plaza Merdeka Mall mulai 12 tengah hari.
Maklumat lanjut mengenai kejohanan itu boleh dirujuk di https://www.icc-cricket.com/. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#FIFA
#tuan rumah
#ICC
#aplikasi rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan