Pemain pertahanan negara, Aidil Zafuan Abd Radzak menganggap sasaran sekurang-kurangnya mara ke final Piala AFF 2018 yang diletakkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bukan sesuatu mustahil dicapai.
Pemain berasal dari Negeri Sembilan berusia 31 tahun itu, berkata dengan adanya gabungan pemain senior dan muda yang dipanggil ketua jurulatih Tan Cheng Hoe untuk kem latihan kali ini, mereka mampu membentuk pasukan mantap untuk melangkah jauh pada saingan tersebut.
"Bagi saya tidak mustahil kita boleh pergi ke final... saya tidak anggapnya sebagai tekanan kerana main di mana-mana pun ada tekanan. Saya rasa kita tidak boleh pergi jauh kalau tiada tekanan, kerana semua orang akan bermain sambil lewa jika tiada tekanan.
"Di tambah lagi dengan format baharu kejohanan, kita akan bermain dua perlawanan peringkat kumpulan di laman sendiri dan dua di tempat lawan. Sedikit sebanyak ia memberi kelebihan berbanding format sebelum ini, kita perlu bermain semua perlawanan di satu gelanggang," kata pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu.
Aidil yang bakal membuat penampilan ketiga pada Piala AFF, mahu memberikan 100 peratus selain menggunakan pengalaman dimilikinya untuk mencapai keputusan baik kerana ia mungkin Piala AFF terakhir buatnya berikutan faktor usia.
Malaysia yang diundi dalam Kumpulan A, akan membuka tirai saingan menentang Kemboja di Phnom Penh pada 8 Nov; diikuti aksi menentang Laos di Stadium Nasional (12 Nov); Vietnam di Hanoi (16 Nov) sebelum menamatkan saingan peringkat kumpulan menentang Myanmar di Stadium Nasional (24 Nov).
"Bagi saya, Vietnam pencabar utama. Pertama kerana kita akan beraksi di tempat mereka dan kedua, mereka mempunyai pemain-pemain bagus yang beraksi ketika pasukan itu muncul naib juara Kejohanan Bawah 23 AFC. Selepas Thailand, Vietnam mampu beri saingan utama kepada kita," katanya.
Sementara itu, Aidil yang bakal mencapai impiannya beraksi di Liga Juara-Juara Asia (ACL) bersama JDT musim depan, berkata persiapan pra-musim sangat penting dalam menentukan permulaan cemerlang pada saingan tertinggi bagi kelab di Asia itu dan juga kempen domestik melibatkan Liga Super, Piala Sumbangsih, Piala FA dan Piala Malaysia.
"Untuk tahun depan, jadual kita lagi padat dan mencabar apabila bermain dengan pasukan-pasukan yang jauh lebih hebat, jadi kita kena gandakan persiapan kerana ia akan menentukan hala tuju kita.
"Bergantung kepada jurulatih bagaimana beliau mahu melakukan percaturan pemain, jadi pemain bukan kesebelasan utama pun harus fokus dan bersedia.
"Secara peribadi, sasaran saya ialah fokus kepada Liga Super untuk mengekalkan kejuaraan, pergi sejauh yang mungkin dalam saingan Piala FA serta Piala Malaysia dan beri tentangan sengit pada ACL," katanya.
Beliau berkata persiapan pra-musim juga penting untuk mendapatkan keserasian antara pemain, terutamanya apabila ada pemain baharu, termasuk tonggak pertahanan terbaharu skuad Harimau Selatan itu, Mauricio dos Santos Nascimento.
Pemain berusia 30 tahun dari kelab Spartak Moscow, Rusia itu akan mengambil alih tugas berat yang sebelum ini dipikul rakan senegaranya dari Brazil, Marcos Antonio.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 24 2018
Aidil berkata persiapan pra-musim sangat penting dalam menentukan permulaan cemerlang pada saingan tertinggi bagi kelab di Asia itu dan juga kempen domestik. - Foto Instagram @zaqone_08
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Kemenangan besar ke atas Sri Lanka bukan pengukur - Aidil Zafuan
Aidil mengingatkan rakan sepasukannya bahawa kemampuan Vietnam yang menduduki ranking ke-99 itu, jauh lebih baik berbanding Sri Lanka.