awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sasaran lapan emas pada Sukan Asia realistik - Khairy

Bernama
Bernama
12/09/2014
00:30 MYT
Sasaran lapan emas pada Sukan Asia realistik - Khairy
Sasaran lapan pingat emas oleh MOM pada Sukan Asia adalah angka yang realistik dan mampu dicapai. - Foto Fail
Sasaran lapan pingat emas oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada Sukan Asia ke-17 di Incheon, Korea Selatan adalah angka yang realistik dan mampu dicapai, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Sasaran yang lebih rendah berbanding pencapaian negara pada edisi 2010 di Guangzhou, China itu dibuat berdasarkan penilaian terperinci ke atas prestasi terkini para atlet serta pesaing mereka.
Sasaran itu diumumkan oleh Ketua Kontinjen Negara ke Sukan Asia, Datuk Daniyal Balagopal Abdullah semalam. Daniyal mengetuai 421 atlet dan pegawai ke temasya edisi ke-17 yang bermula pada 19 Sept hingga 4 Okt ini.
Khairy berkata sasaran itu ditetapkan selepas mengambil kira pandangan dan perbincangan oleh Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), MOM dan persoalan yang ditimbulkan beliau sendiri dalam sesi perbincangan itu.
"Sebilangan besar sasaran pingat emas adalah daripada penyumbang tradisi tetapi kami mendesak sukan yang meletakkan sasaran bukan emas supaya mencapai pingat emas,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua Kontinjen Negara ke Sukan Asia di IOI Palm Resort di sini, pada Khamis.
Khairy berkata satu penilaian menyeluruh harus dibuat terhadap pencapaian kontinjen negara keseluruhannya dan bukan sahaja tertumpu kepada sasaran pingat emas semata-mata.
Katanya, penilaian lebih komprehensif perlu khususnya kepada sukan yang boleh diukur, ia perlu dilihat kepada pencapaian terbaik peribadi iaitu sama ada mampu melepasi pencapaian itu atau sebaliknya.
"Kalau hanya tengok pada pingat emas sahaja, tidak lakukan penilaian secara menyeluruh, ia tidak membantu untuk perancangan bagi tempoh empat tahun akan datang," katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya di hadapan lebih 200 atlet dan pegawai yang menyertai kem latihan pusat fasa akhir itu, Khairy mengingatkan atlet agar lebih bersifat kompetitif dan memupuk semangat untuk menang.
Beliau juga mahu atlet memastikan sasaran yang ditetapkan kali ini dapat dicapai bagi mengembalikan keyakinan seluruh rakyat dan peminat sukan tanah air ekoran daripada kegagalan di Sukan Komanwel 2014, di Glasgow, Scotland, baru-baru ini.
Pencapaian terbaik Malaysia pada temasya Sukan Asia di Guangzhou, China adalah pada edisi 2010 di Guangzhou dengan meraih sembilan emas, 18 perak dan 14 gangsa.
Pada edisi 2006 di Doha, Qatar, Malaysia mengutip lapan emas, 17 perak dan 17 gangsa.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#MOM
#Sukan Icheon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan