KUALA LUMPUR:Di sebalik ketidaktentuan dan ancaman pandemik COVID-19, Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) B. Sathianathan berharap saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021 tidak berdepan nasib sama seperti musim lepas.
Bekas pengendali skuad kebangsaan itu mengakui bukan sahaja barisan pemain dan pegawai pasukan akan terkesan, malah perjalanan liga yang terganggu turut menjejaskan semua pihak terbabit sekali gus berkemungkinan besar 'membunuh' keseluruhan industri bola sepak tempatan.
"Saya fikir sekiranya kita menunggu sehingga COVID-19 reda, ramai pemain industri bola sepak akan gulung tikar. Jadi kita mesti berfikir di luar kotak, bola sepak bukan sukan dimainkan suka-suka, bola sepak adalah sebuah industri," katanya kepada Bernama pada Ahad.
Sathianathan, 62, berpendapat dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) ketat dan lebih komprehensif saingan Liga-M tidak mustahil berjalan dalam keadaan terkawal selain mampu membendung penularan wabak itu dalam kalangan pemain serta pegawai pasukan.
Menurut beliau, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) atau kerajaan boleh mengguna pakai pendekatan kebanyakan negara di Eropah yang membenarkan saingan liga berjalan dengan pematuhan SOP ketat.
SUKAN-BOLA SEPAK (SATHIANATHAN) 2 KUALA LUMPUR
"Kita tidak boleh batalkan saingan liga, kita mesti menganggap bola sepak sebagai industri dan kemukakan SOP terbaik bagi memastikan perjalanan liga boleh diteruskan. Kita juga boleh melihat dan mengaplikasikan cara liga-liga di Eropah menguruskan perjalanan liga dalam tempoh mencabar ini.
"Dengan SOP itu, kita tunjukkan kepada kerajaan bahawa kita mampu mengambil tanggungjawab ini dengan cekap seterusnya setiap pasukan perlu memainkan peranan masing-masing dalam memastikan segala SOP dipatuhi," katanya.
Beliau berkata saingan Liga-M sudah pasti menjadi elemen hiburan buat peminat bola sepak tempatan seterusnya mampu melepaskan lelah seharian dan mengatasi tekanan hidup yang mungkin dihadapi kesan daripada COVID-19.
Namun, beliau beranggapan sekiranya tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan, sepak mula saingan Liga-M 2021 yang dijadual pada 28 Feb perlu diteliti semula memandangkan pasukan bakal menghadapi kesuntukan masa mempersiapkan pasukan.
"Jika minggu ini kerajaan membenarkan sesi latihan berpasukan diadakan, mungkin pada 28 Feb kita tidak menghadapi masalah untuk memulakan liga tetapi jika PKP dilanjutkan dan pasukan masih tidak dibenarkan berlatih, ia mustahil untuk bermula pada tarikh itu," katanya.
SUKAN-BOLA SEPAK (SATHIANATHAN) 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Beliau berkata persiapan paling ideal memerlukan sekurang-kurangnya tujuh minggu bagi mengurangkan risiko kecederaan meskipun kini pemain giat menjalani latihan secara dalam talian.
Impak COVID-19 menyaksikan saingan Liga Super dan Liga Premier 2020 bermula pada Mac terpaksa ditangguh hingga penghujung Ogos manakala beberapa pertandingan utama Liga-M antaranya Piala FA dan Piala Malaysia dibatalkan.
Namun, MFL pada Jumaat lepas mengesahkan saingan Liga-M 2021 tidak akan dibatalkan dengan badan pentadbir Liga-M itu kini sedang membincangkan serta mengkaji mekanisme pelaksanaan saingan itu dalam PKP.
MFL turut dijangka mengeluarkan kenyataan media berhubung kalendar liga tempatan musim 2021 pada minggu ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 24 2021

Perjalanan liga yang terganggu turut menjejas semua pihak sekali gus berkemungkinan besar 'membunuh' keseluruhan industri bola sepak. -Gambar fail

KPT tubuh jawatankuasa khas tangani masalah sosial mahasiswa
KPT menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Khas Menangani Masalah Sosial Mahasiswa bagi meneliti dan menangani masalah sosial semasa dalam kalangan mereka.

Sidang Parlimen dan darurat: Satu tinjauan perundangan
Sekiranya Parlimen dipanggil untuk bersidang semula, ahli-ahli Parlimen haruslah menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk berperanan sebagai medium semak dan imbang'.

Ketepikan perbezaan, terus bersatu menentang COVID-19 - Halimah Sadique
Katanya, rata-rata rakyat Malaysia kekal teguh sebagai sebuah masyarakat dan ia perlu diteruskan sehingga peperangan menentang musuh halimunan tersebut selesai.

Operasi penguatkuasaan perlu ada empati
Dalam kerangka peraturan WBB yang lebih longgar, pihak berkuasa harus juga menerapkan sikap dan pendekatan yang fleksibel dalam menangani ketidakpatuhan.

MyCC kenakan denda RM10.3 juta terhadap Dagang Net
Dagang Net Technologies Sdn Bhd telah menyalahgunakan kedudukan dominannya melalui perjanjian secara eksklusif.

COVID-19: Rakyat Malaysia antara dua kes baharu penularan tempatan di Singapura
Lelaki itu yang tiba dari Malaysia pada 23 Dis tahun lepas menerima dos pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech pada 22 Jan dan dos kedua pada 14 Feb.

AWANI Ringkas: Pesakit COVID-19 boleh diarah pakai gelang pengesan

"Tidak sedar sudah selesai" - Reaksi Ismail Sabri selepas menerima suntikan pertama vaksin COVID-19
Ismail Sabri mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan berita palsu berhubung keselamatan vaksin.

COVID-19: Denda RM10,000 langgar PKP keterlaluan dan kejam - Hannah Yeoh
Beliau menyifatkan hukuman yang diumumkan Menteri Kanak Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu sebagai kejam dan keterlaluan.

130 'frontliners' termasuk pengamal media terima vaksin di KK Kota Samarahan hari ini
Klinik Kesihatan (KK) Kota Samarahan antara empat KK yang akan melakukan proses vaskinasi melibatkan 130 petugas barisan hadapan hari ini.

Cheng Hoe lega saingan Liga-M 2021 bermula 5 Mac
Tan Cheng Hoe kini mampu menarik nafas lega dengan keputusan Liga Bola Sepak Malaysia untuk memulakan saingan Liga-M 2021 pada 5 Mac ini.

Semua aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan dibenarkan - KBS
Semua aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan di kawasan terbuka dan tertutup secara latihan bagi tujuan kesihatan, kecergasan dan kemahiran kendiri kini dibenarkan di kawasan PKP.

Liga-M: Jendela perpindahan pemain dilanjut hingga 5 Mac
Jendela perpindahan pemain Liga Malaysia (Liga-M) 2021 sekali lagi dilanjutkan sehingga tarikh sepak mula saingan musim ini yang dijadualkan pada 5 Mac depan.

11 pasukan hantar permohonan lesen AFC musim 2022
MFL mengesahkan 11 pasukan Liga Malaysia telah menghantar pengesahan permohonan Lesen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi musim 2022.

Pematuhan terhadap SOP penting untuk kelangsungan Liga-M
Pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) perlu dipadang serius oleh semua pihak, bagi memastikan kelangsungan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Pasukan Liga-M manfaatkan kelonggaran MKN adakan latihan
Kebanyakan pasukan Liga-M memanfaatkan sepenuhnya kelonggaran mengadakan latihan yang diberikan oleh MKN yang bermula hari ini dengan memulakan latihan sebagai persiapan menghadapi musim 2021 Mac ini.

Individu langgar protokol gelembung sukan Liga-M berdepan isolasi - Reezal Merican
Mana-mana individu terlibat dengan Liga Malaysia (Liga-M) 2021 yang didapati melanggar protokol gelembung sukan akan diisolasi, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Safee harap saingan Liga-M tidak ditangguh
Pendekatan digunakan pengelola La Liga Sepanyol boleh dipraktikan untuk memastikan kelangsungan saingan Liga-M dalam tempoh mencabar ketika ini.

Safiq Rahim kembali sertai JDT
Bekas kapten pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) Safiq Rahim bakal kembali menyarung jersi pasukan itu bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021 yang dijangka bermula pada 5 Mac depan.

Piala FA dibatalkan, sepak mula Liga-M 2021 ditunda ke 5 Mac
MFL membuat keputusan untuk membatalkan saingan Piala FA manakala sepak mula Liga-M 2021 ditunda ke 5 Mac.