awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya ingin ke Rio jika tiada kecederaan", kata Chong Wei

Bernama
Bernama
05/04/2014
00:23 MYT
"Saya ingin ke Rio jika tiada kecederaan", kata Chong Wei
Lee Chong Wei (kanan) - Gambar Fail
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mengulangi azamnya untuk beraksi pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro sekiranya tidak dilanda kecederaan.
"Sekiranya saya melepasi semua pertandingan utama tahun ini tanpa sebarang kecederaan, saya akan ke Rio 2016," katanya.
Sebelum ini, Chong Wei pernah menyuarakan hasratnya untuk bersara selepas Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan, yang akan berlangsung dari 19 Sept hingg 4 Okt.
Sebelum sukan itu, beliau akan beraksi dalam pusingan akhir Piala Thomas di sini dari 18 hingga 25 Mei ini, Sukan Komanwel di Scotland (23 Julai-3 Ogos) dan Kejohanan Piala Dunia di Denmark (25-31 Ogos).
"Isteri saya memahami serta memberi sokongan kepada kerjaya saya dan oleh itu, saya akan cuba dengan sebaik mungkin," kata pemain nombor satu dunia itu selepas melangkah ke separuh akhir Siri Super Terbuka India di sini, pada Jumaat.
Ditanya tentang sasarannya bagi tahun ini, Chong Wei berkata: "Sukan Komanwel dan Sukan Asia adalah yang paling penting bagi saya untuk tahun ini. Ia diadakan empat tahun sekali, jadi ia patut menjadi sasaran saya."
Sebelum ini, Chong Wei membayangkan hasratnya untuk bersara tahun ini selepas menjuarai Terbuka Malaysia Januari lepas tetapi hasratnya tidak kesampaian.
Beliau kemudian merangkul kejuaraan All England buat kali ketiga, bulan lepas.
Topic Berkaitan
#badminton
#Chong Wei
#Piala Thomas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan